Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Spiritual Alam Dosy dan Pandangan Mendalam daripada Baginda Raja Nu, Bahagian 5 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Carilah seorang Guru, Guru sebenar. Menjadi vegan. Jauhi segala bahan toksik yang mudaratkan badan, minda dan jiwa anda. Itu saja yang perlu anda lakukan. Anda tak perlu ikut saya. Anda tak perlu datang kepada saya. Carilah seorang Guru. Pastikan bahawa dia baik, dia berkuasa, bahawa dia berhubungan dengan Kuasa Alam Semesta, bahawa dia dapat bantu anda dalam kapasitinya. Anda mesti khusyuk berdoa dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa agar TUHAN memimpin anda ke sana kepada Guru yang ada afiniti dgn anda. Saya langsung tidak jangkakan anda akan percaya kepada saya. Berdoalah saja kepada TUHAN, berdoa kepada Buddha, berdoa kepada Nabi Isa, berdoa kepada Guru agung masa dahulu terutama Mereka yang baru meninggalkan Bumi tidak lama dahulu. Tenaga mereka masih ada di planet ini. Anda berdoa kepada Mereka, Mereka akan bantu anda.

Saya telah beritahu anda, seorang anak murid saya berdoa kepada Paramhansa Yogananda dan Guru itu suruh dia pergi cari saya. Nampak tak itu? Dan banyak anak murid yang lain begitu terdesak hendak pulang ke Rumah, pergi ke Rumah sebenar mereka. Mereka berdoa kepada Guru lain atau Buddha masa dahulu, malah salah faham terhadap panduannya. Jadi hingga kali terakhir apabila Guru itu berkata, “Pergi ke laut” – kerana nama saya ialah Laut Jernih. Guru itu berkata, “Pergi ke Laut Jernih.” Jadi orang itu malah terjun ke dalam laut. Dia ingat dia perlu pergi ke laut, terjun ke dalam laut untuk mati, bertemu dengan Buddha. Nasib baik dia tidak mati. Dia diselamatkan. Akhirnya dia temui saya.

Ada banyak kisah macam itu semasa perhimpunan kami antara saya dengan kononnya anak murid saya, Anak murid TUHAN. Saya tak ingat dalam khutbah mana dan pada hari apa kisah sebegini diceritakan. Mungkin anggota pasukan saya yang cemerlang, berbakat, berbakti akan dapat carinya dan mungkin mereka boleh masukkan beberapanya di sini untuk anda.

Ada seorang lelaki tua dari Taiwan (Formosa). Dia telah diinisiasi selama 18 tahun. Itu pasti kumpulan pertama. Oh! Kamu, kan? Sebenarnya, dia orang yang sangat penting dalam kumpulan lain – I-Kuan Tao? Ya. Dia mengikut I-Kuan Tao, 50 tahun. Dia juga amalkan kaedah Tao yang lain selama 24 tahun. Kemudian dia bersama saya selama 18 tahun, akhirnya. Jalan terakhir dalam hidupnya, ‘Ching Hai-isme’.

Lapan belas tahun yang lalu, Lao Tzu suruh saya terjun ke dalam laut. Itu Lao Tzu, lapan belas tahun yang lalu. Faham. (Dia suruh saya terjun ke dalam laut.) Saya faham. Saya telah memperoleh Tao, jadi badan saya tak berguna lagi. Saya pergi ke Teluk Jinsha di Taipei dan terjun ke dalam laut. Apabila terjun, saya terhantuk batu di sini dan berdarah teruk. Jadi saya pulang ke rumah. Lepas tiga hari, Lao Tzu beritahu saya, “Engkau takkan mati terjun di sini. Pergi terjun ke dalam Sungai Tamsui, air yang bersih.” Saya pergi ke sana dan terjun tetapi tetap tidak mati. (Tidakkah kamu faham?) Kemudian saya pulang. Lepas tujuh hari, Lao Tzu beritahu saya, “Pergilah ke atas sana untuk membersihkan diri dan akan baik-baik saja.” Lepas lebih kurang setahun, saya dengar tentang Guru Ching Hai kita. Jadi ini bermakna terjun ke dalam Laut Ching Hai, bukan terjun ke dalam laut! [‘Hai’ bermaksud ‘laut’ dlm bahasa Cina]

[…] Selepas itu, dia masih tidak faham apa yang Lao Tzu suruh dia lakukan. Lao Tzu muncul kepada dia sekali lagi dan beritahu dia bahawa dia perlu sediakan gambar dirinya – foto. Dia masih tak tahu. Dia menyediakan foto dan tunggu. Tahulah, foto pasport untuk inisiasi. Dia masih tak tahu apa yang berlaku. Satu tahun kemudian selepas dia tahu akan saya dan nama saya ‘Ching Hai’ baru dia sedar, “Oh, inilah Laut Air Jernih!” Kemudian dia juga tahu apa tujuan foto itu dan diinisiasi.

Saya cuba tukarkan agama saudara itu kepada I-Kuan Tao semula. Sayalah orang yang perkenalkan dia kepada I-Kuan Tao. Tetapi sebelum saya datang ke Hsihu, makhluk Firdausi atau dewa dalam Taoisme beritahu saya, “Engkau boleh amalkan Kaedah Quan Yin.” (Dia begitu terus terang?) Ya. Dia kata saya boleh amalkan Kaedah Quan Yin. Sebelum saya datang, sebelum saya menerima inisiasi, saya tanya Guru Ji Gong. (Dia tanya Guru Ji Gong sebelum datang kepada Guru.) (Apa yang dikatakan-Nya?) Dia tak kata apa-apa pun. Pada keesokan harinya, Dia memanggil nama saya. Saya telah amalkan I-Kuan Tao selama tiga tahun, berusaha gigih sekali. Guru Ji Gong memanggil nama saya tiga kali. “A-cai, A-cai….” (Jadi namanya A-cai.) Ya, nama saya A-cai. Saya berlutut dan kowtow sebanyak tiga kali, kemudian Dia kata, “Engkau dah sedia untuk jadi Buddha.” Apabila saya dengar itu, saya menangis.

(Dia kowtow kepada Guru Ji Gong sebanyak tiga kali.) (Kemudian Guru Ji Gong berkata kpd dia, “Engkau dah sedia untuk jadi Buddha.” Kemudian dia menangis.) Ah! (Ya.) Mengapa Guru Ji Gong menangis? Kamu akan menjadi Buddha, jadi mengapa Dia menangis? (Dia yang menangis.) Oh! Kamu menangis? (Ya, saya menangis.) Ah! Ini bermakna kamu boleh amalkan Kaedah Quan Yin? (Ya. Hanya Kaedah Quan Yin boleh buat kita menjadi Buddha.) Macam mana kamu tahu? (Kerana…) Adakah kamu tanya Dia sama ada kamu boleh amalkan Kaedah Quan Yin atau tidak? (Saya tanya Dia sama ada saya boleh dapatkan inisiasi daripada Guru tetapi Dia berdiam saja.) Itu betul. Itu jawapan-Nya. (Ya, tapi saya tak faham sehingga Dia beritahu saya supaya lakukannya dan menjadi Buddha, kemudian saya menangis.)

Saya memang tiada karma sebelum memulakan kerja ini secara rasmi. Banyak orang lihat tangan dan muka saya, dan berkata, “Oh! Mengapa kamu tiada karma?” Saya kata, “Buat apa saya perlukan karma?” Itu hanya gurauan tetapi banyak orang sangat terkejut dengan saya tiada karma. Pada masa itu, ketika saya di India, byk orang dapat lihat benda tak nampak. Mereka ialah peramal, ahli nujum, avatar dan sebagainya, pendeta dan orang yang amalkan Kaedah Quan Yin juga. Sesetengah daripada mereka dapat lihat dengan jelas sekali. Jadi sesetengah daripada mereka lihat saya ialah Guru Sawan Singh Ji dalam hayat lampau, jadi datang bersujud kepada saya di depan semua orang semasa saya hanyalah chela (anak murid) kecil, duduk dengan rendah diri di atas lantai, baca surat khabar terbuang, contohnya. Macam itu. Nampak tak? Jadi saya tak dapat sentiasa mengelak daripada dikenal pada masa itu.

Kadangkala Guru lain, Guru ternaik akan merekomenkan seorang Guru hidup kepada anda, seperti dalam kes salah seorang biksu saya. Dia terdesak. Dia jalani kehidupan seorang pelajar, seorang pekerja biasa, bujang dan tiada ibu bapa, saudara-mara atau kawan di sekeliling, keluar untuk mana-mana parti dengan sesiapa saja, minum arak dan merokok, jenis suasana dan situasi ini – untuk dapatkan gadis, jatuh sakit, menyebabkan mereka hamil dan perlu bertanggungjawab atau perlu memutuskan untuk gugurkan anak, seumpamanya. Jadi dia berasa terdesak dan benar-benar berdoa kepada Guru Paramhansa Yogananda. Dia berdoa dengan begitu terdesak, begitu ikhlas, jadi Guru Yogananda suruh dia pergi cari Mahaguru Ching Hai. Itu kisah yang diceritakannya kepada saya selepas inisiasi tetapi dia tidak segera ceritakannya selepas inisiasi. Dia ambil masa banyak dekad sehingga berpeluang untuk bercakap dengan saya secara peribadi. Dia ceritakan kisah ini kepada saya.

Saya menjadi anak murid Cao Đài-isme pada 1975. Saya mendapat tahu bahawa semasa sesi spiritisme, Santo Cao Đài Đông Phương Chưởng Quản melawat dan memberitahu kami tentang kehadiran Guru Hidup walaupun sedikit orang sedar akan Beliau

Yang berikut ialah petikan daripada ajaran Santo yang dihormati ini semasa sesi spiritisme di tokong Thánh Tịnh Nguyệt Thanh Quang: “Di dunia luar dan alam dalaman, Bertafakur pada Bunyi Syurga dalaman, seseorang dapat elakkan lautan derita.”

“Guru Terhormat (Đông Phương Chưởng Quản) mengesahkan bahawa PEMBIMBING YANG MEMEGANG QUÁN ÂM (QUAN YIN), KETURUNAN DHARMA PADA ZAMAN INI IALAH MAHAGURU CHING HAI, dan saudara seamalan boleh ‘pilih untuk beramal seperti sebelumnya’ atau ‘jika situasi dan afiniti benarkan’, beramal dengan Beliau. Tao sentiasa natural, tidak memaksa sesiapa pun.”

TUHAN juga kata bahawa jika mana-mana roh terlepas peluang (untuk kemajuan) kali ini, mereka perlu tunggu selama tujuh bilion tahun baru dapat kembali sebagai manusia untuk peluang ini sekali lagi. Oleh itu, semua orang cubalah cari Kaedah Quan Yin, kaedah untuk pembebasan yang diajarkan oleh Mahaguru Ching Hai. Santo Đông Phương Chưởng Quản menyatakan dengan jelas bahawa hanya Mahaguru Ching Hai memegang keturunan Dharma ini.

“Saya seorang Katolik yang tinggal di Daegu, Korea. Saya belum menerima inisiasi. Pada awal bulan Ogos, saya pergi ke sebuah gereja lama di gunung untuk bersuluk selama sebulan. Di gunung itu, saya menerima buku Guru. Sebelum saya bacanya, saya berdoa kepada TUHAN, ‘Tuhan, jika buku ini mengandungi Kebenaran, biarlah aku menerimanya.’ Saya juga berdoa kepada Guru, ‘Ini buku Guru. Jika ia mengandungi Kebenaran yang dah begitu lama aku cari, tolonglah aku.’ Kemudian saya buka muka surat pertama buku itu. Dengan serta-merta, saya mendapat respons yang kuat seolah-olah kepala saya disambar petir atau elektrik. Air mata mengalir dengan sendirinya ketika saya baca buku itu.

Sewaktu bermeditasi, akhirnya saya dapat lihat Nabi Isa. Dia menyerahkan saya kepada Guru. Guru memakai gaun putih dan topi putih. Keraguan timbul dalam diri saya dan saya segera melafazkan nama Nabi Isa dan juga nama Guru dengan kuat. Selepas melafazkannya sebanyak lebih sepuluh kali, Kalian tidak hilang. Guru memandang Nabi Isa dan berkata, ‘Lihatlah! Anak murid-Mu ada banyak kesangsian.’ Nabi Isa dengar ini dan mula ketawa. Kemudian Guru memandang saya dan berkata, ‘Mulai hari ini, Aku akan mengajar engkau.’”

Dan lain-lain…

Saya ada kerja fizikal yang lain untuk dibuat sekarang. Tidak, kerja Supreme Master Television saya. Saya begitu gembira kerana dapat kumpulkan perbualan pertama walaupun tidak sebanyak yang saya mahukan. Itu saja yang saya ingat, kemudian saya akan suruh orang saya persembahkannya kepada anda.

Semoga TUHAN berkati kita semua, kasihi kita semua, ampuni kita semua dan makrifatkan kita semua. Syukur kepada Engkau, TUHANKU. Syukur selama-lamanya, TUHANKU. Semoga Engkau juga gembira menerima anak-anak-Mu dan melihat anak-anak-Mu dalam perjalanan pulang ke Rumah supaya Engkau tidak rasa terlalu banyak menderita. Aku cintai Engkau, TUHANKU. Semua anak murid TUHANKU cintai Engkau. Sangat banyak anak murid mazhab lain cintai Engkau. Kami berkhidmat kepada Engkau dalam kapasiti sederhana kami. Di dunia fizikal, bukan senang bagi aku pun. Jadi tolonglah, sentiasa kasihi kami, bantu kami, berkati kami & naikkan kami. Amin.

Photo Caption: “Ia Dibuat daripada Firdaus”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-31
3453 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-01
3073 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-02
2906 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-03
2655 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-04
2467 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-12
1610 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-12
2688 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-12
752 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-12
658 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-11
1093 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-11
222 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-08-11
227 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-11
861 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun