Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mari kita sambung dengan ‘Bahagian 3: Cinta Kasih yang Melangkaui Ruang dan Masa’ daripada buku ‘Kekasih Berabad-abad’ karangan Mahaguru Ching Hai. Puisi ‘Kekasih Berabad-abad’ menceritakan keinginan untuk berhubung semula dengan kekasih zaman dahulu yang suci.Bahagian 3: Cinta Kasih yang Melangkaui Ruang dan MasaKekasih Berabad-abad (Người Tình Thiên Cổ)“Malam ini berehat di bawah bintang-bintang yang bersinar Fikiranku pada seseorang dari planet yang jauh Ruang dan masa tidak dapat memisahkan cinta kasih suci kita. Hatiku layu, menunggu selama berabad-abad.Di manakah engkau dalam kelahiran semula yang luas? Aku telah mencari di berjuta-juta galaksi, Kaki letih di beribu-ribu dunia yang bergolak Tidak tahukah engkau?Membuat perjalanan dengan awan ke alam jauh Engkau sebarkan cinta kasihmu di seluruh kosmos Sementara tinggalkan hatiku sendirian, berhanyutan – Tidak ingatkah engkau kekasih zaman dahulu?Aku pergi ke seluruh alam semesta Ingin sekali bertemu semula dgn engkau, kekasihku Masih menunggu lepas beribu-ribu tahun Masa tiada penghujungnya kerana baktiku tidak pernah layu!Oh, kenangan terhadap mata bagai lautan biru langit Bagai bintang terang yang menerangi jiwaku Rambut baldu bagai awan keemasan senjakala Menjalin mimpi cinta kasih ghairah lama kita?Bayang anggunmu memanaskan bentangan musim sejuk Kesan tapak kaki halusmu membuat batu buntar pun menjadi bingung Senyuman manis membawa bunga musim bunga Suara dodoi yang merdu menenangkan burung senjakala.Gunung dan hutan bergembira apabila kaki lincahmu meluncur lalu Rumput lembut, hijau zamrud menari-nari bersama awan di langit kebiru-biruan Alam semula jadi berangan-angan Anak sungai dan hutan kayu penuh dengan melodi Beribu-ribu musim luruh dan musim sejuk telah berlalu, Bulan masih mabuk asmara Seakan-akan hatiku, Cinta kasih selama-lamanya... Rindui engkau tanpa penghujungnya. Aku memahkotai takhta yang sarat dengan bunga Supaya planet Bumi boleh bersinar dengan megah!Engkau ada di sini! Jiwaku dihiasi bulan dan bintang Hati yang layu sekarang mekar tanpa batas. Oh, alam semesta yang dikasihi! Sekarang ada di sini Kekasih berabad-abadku! Ketibaanmu menaikkan alam-alam yang tidak terkira, Gelombang gembira malah menjangkau galaksi yang paling jauh.Namun di sudut mata kita, beribu-ribu bintang berdiri dengan senyap Aku dan engkau, tidak asing tapi renggang Apa yang harus dikatakan – begitu banyak direnggangkan oleh pergolakan hidup?Tidak ingatkah engkau planet purba dari mana kita datang? Dan detik intim bagai selimut pada malam berhujan. Cinta kasih tak lapuk dek zaman sekarang tiba-tiba menjadi tidak yakin! Batu buntar sejuk bergolek di bawah lautan tak terhad.Kita merenung perpisahan dengan ketidakpastian. Akankah kita bertemu lagi dalam hayat ini atau selepas bereon-eon?Siang hari bertukar menjadi malam, bantal dibasahi air mata Bulan dan bintang menjadi samar-samar, awan tenggelam dalam hati yang hancur. Tahukah engkau seksaan jiwa besarku? Melihat Bulan purnama, dapatkah engkau tahu ia sedang surut? Di lautan luas, dapatkah engkau lihat titisan air mata rindu? Melihat daun yang gugur, tidakkah hatimu bergolak?Angin musim sejuk dendangkan lagu sayu yang panjang Hujan di sebelah sini kekal tidak berada di sebelah sana Waktu senja beransur hilang, senjakala menurun dengan berat hati Dan datangnya satu lagi malam, selama seabad...Oh, orang berhargaku! Lebih baik kita bertemu dalam mimpi Daripada sejauh beberapa langkah saja tetapi terasa sejauh banyak gunung Mata memandang ke bawah untuk menyembunyikan air mata yang terasa panas Kata-kata yang tidak terkira meleret-leret seperti hujan pada musim sejuk Melata ke dalam laut yang luas Syurga dan Bumi berikan pelukan mereka dengan rasa simpati Bunga mawar di sebelahmu atau adakah itu pedang dalam hatiku?Ruang tak terhingga Masa abadi Afiniti yang menakjubkan, hayat demi hayat Hilang selama-lamanya.Mengapa kesayuanku masih terasa? Mengapa perasaanku tidak memudar? Mengenangkan kesan tapak kaki kita di setiap tanah Bintang yang tidak terkira berkelip-kelip menyebut namamu Tapi sekarang mereka begitu berat mulut.Aku hantar cinta kasihku ke awan putih Ke gunung tinggi Ke dalam angin sepoi-sepoi... Apa yang tertinggal daripada jejak Bulan dan bintang aku pegang dengan lembut Jangan sampai hatiku menjadi hancur.Wahai kekasihku, tidakkah engkau ingat sedikit takdir masa lalu kita? Tolong hantar ke dalam angin suatu bisikan kecil: ‘Tidak saling lupakan selama-lamanya!’”Seterusnya, kita sambung dengan puisi ‘Mimpi pada Waktu Malam’ yang menzahirkan rasa ingin pulang ke syurga dan meninggalkan alam manusia ilusi. Selain itu, puisi indah ini digubah muzik oleh penggubah yang menangi Oscar dua kali, Al Kasha dan dipersembahkan oleh calon Anugerah Tony dan pemenang Anugerah Emmy, Liz Callaway di konsert Ulang Tahun ke-4 Supreme Master Television, ‘Memberi Kedamaian.’Mimpi pada Waktu Malam (Mơ Đêm)Malam semalam, aku bermimpikan Cadar dan bantal yang merelakskan. Sementara bau cendana wangi semerbak di udara. Tulus ikhlas sewaktu kita masih bersama. Ketika cinta kasih kita masih selama-lamanya.Malam semalam, aku bermimpikan diri Meninggalkan debu merah hidup Berjalan dengan ringan ke syurga Bebas tanpa kerunsingan untuk satu kali Di lereng bukit yang harum – Seksaan jiwa dan kedukaan hilang.Malam ini, aku pulang ke rumah. Hujan gunung turun renyai-renyai tanpa berhenti Roda bergolek di atas denai sunyi Awan mengapung dengan muram. Mengundang mimpi Visi yang sangat indah Untuk melupakan alam manusia ilusi!Sayangku! Kekasihku! Air sungai mengalir tanpa mengenal penat lelah Mencari pelabuhan lama yang dihargai Di mana hari-hari yang panjang akan menyeronokkan Berpuas dengan nasib manusia Dan segala rungutan didiamkan.Malam semalam, aku bermimpikan aku seekor swan. Meluncur naik ke atas gunung Minum dalam salji Mandi dalam pelangi Terasa bebas semula Terasa bebas semula.”Puisi terakhir kami ialah ‘Bayang Masa’ yang mengenangkan hubungan yang mengenangkan hubungan yang melangkaui ruang dan masa.Bayang Masa (Khuất Nẻo Thời Gian)“Engkau umpama jejak burung Meluncur naik tinggi di kawasan jauh Aku kembali sebagai embun malam Mencair dan dilupakan!Engkau ialah cahaya bulan Memancar pada semua jalan hidup Aku ialah bintang pagi Terlewat dan memudar di kejauhan!Kekasih zaman dahulu telah tiba Mengapa keghairahan begitu terpencil bagai awan di langit Lebih baik saling bertemu dalam mimpi Di mana kata-kata cinta tidak rumit Tangan panas dan tidak asing saling mencari.Masa oh masa! Mengapa perasaan itu menjadi rapuh bagai bayang waktu malam Lebih baik saling bertemu dalam mimpi Bekas kekasih yang prihatin itu Puisi lama penuh cinta kasih itu.Engkau umpama alam Matahari Memancar pada segala kemegahan Aku umpama anggerik liar Dibaluti bau wangi lembut!Engkau umpama perahu yang berlalu Sentiasa terapung jauh dari tebing Aku mencair bersama hujan musim sejuk, Berhanyutan selama-lamanya!”‘Kekasih Berabad-abad’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com











