Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pencari Ikhlas Menjumpai TUHAN “Jika kita ada benda yang baik, kita harus kongsinya dengan orang lain. Begitu juga, berkat spiritual yang dikurniakan oleh TUHAN kepada diri rendah saya, DIA juga perintahkan saya supaya berkongsi dengan sesiapa saja yang ingin tahu. Ketika saya mula tertanya-tanya tentang TUHAN dan alam semesta, saya masih sangat, sangat muda. Saya tidak tahu saya harus tanya siapa soalan yang sangat besar ini seperti macam mana rupa TUHAN? Bagaimana saya dapat lihat DIA? Dapatkah saya sentuh DIA? Dapatkah saya peluk DIA? (Kerana saya sangat kecil dan suka memeluk.) Banyak tahun berlalu selepas soalan pertama saya kepada diri sendiri tetapi tidak jumpai jawapan sebenar. Jadi saya mengikut nenek saya pergi ke tokong Buddha dan berdoa kepada Buddha, dan mengikut bapa saya pergi ke gereja Kristian untuk berdoa kepada TUHAN. Saya berdoa kepada semuanya yang saya tahu. Saya cuba baca kitab agama Buddha dan kitab Kristian tetapi tidak dapat banyak memahaminya. Saya malah tidur dengan Bible. Setiap malam saya memeluk Bible dan tidur. Saya sentiasa berdoa kepada TUHAN, berkata, ‘Tolonglah, bolehkah Engkau menampakkan diri? Bolehkah Engkau menampakkan diri, TUHAN yang tertinggi, TUHAN di atas segala halangan manusia, TUHAN di atas segala perbezaan agama, TUHAN di atas segala kebencian dan rasisme? Bolehkah Engkau menampakkan diri? Aku ingin mengenali Engkau lebih daripada apa-apa yang lain.” Saya dapat rasa bahawa TUHAN wujud tetapi tidak dapat lihat dan saya ingin lihat. Jadi saya mencuba banyak cara supaya dapat berhubung dengan DIA tetapi saya gagal. Hingga suatu hari DIA memimpin saya ke jalan spiritual yang DIA beritahu saya akan pantas ini supaya saya dapat mengenali TUHAN. Sejak itu, saya menjadi makin hari makin mengenali Bapa kita. DIA perintahkan saya supaya juga keluar ke dalam dunia, di mana-mana saja saya diminta, untuk menyampaikan mesej bahawa DIA sangat kasihi kamu, dan jika kamu ingin jumpa dengan DIA, saya perlu tunjukkan jalannya kpd kamu. Ini kerja yang sangat mencabar dan bukan suatu profesion yang saya anggap sesuai bagi wanita berbadan kecil seperti saya tetapi TUHAN berfirman, ‘Aku akan beri segala kuasa yang diperlukan kpd engkau. Engkau teruslah berkhidmat untuk Aku dan segalanya yg lain akan Aku bekalkan.’ Cara ini berkesan bagi saya dan berkesan bagi banyak ribu, malah beratus-ratus ribu orang yang lain yang mencari TUHAN. Jadi saya pasti ia berkesan bagi semua orang.” Hidup dalam Hukum Kasih Sayang: Sepuluh Rukun “TUHAN telah ingatkan kita supaya hidup dalam hukum kasih sayang, daripada Sepuluh Rukun, kerana jika kita ialah TUHAN atau anak TUHAN, kita harus hidup ikut cara kasih sayang, iaitu cara TUHAN. Sepuluh Rukun bukanlah Rukun TUHAN kerana DIA tidak tegas dengan kita. DIA sangat, sangat pengasih. DIA kasihi kita, tidak kira betapa berdosanya kita. Tetapi Sepuluh Rukun hanyalah sifat-sifat anak TUHAN atau sifat-sifat TUHAN yang berjalan di planet ini. Jadi jika kita inginkan kemegahan TUHAN, kita juga mesti padan dan capai standard Sepuluh Rukun. Jadi sudah tentu kita akan saling menyayangi, saling berkongsi benda, tidak saling membunuh dan sebagainya. Ini sifat-sifat TUHAN hidup.” Kurniaan TUHAN adalah utk Kita Semua “Soalan: ‘Mengapakah Guru terpilih, terutama bagi kurniaan ini? Maksud saya, mengapakah kurniaan ini diberikan secara khas kepada Guru? Guru jawab: ‘Saya tanya DIA ini juga. Kehendak-NYA akan dilaksanakan. Saya tiada pengaruh. Tetapi kamu boleh buat begitu juga jika kamu mahu. Suatu hari nanti, DIA akan perintahkan kamu supaya melakukannya. Setiap daripada kita dapat buat begitu juga, cuma TUHAN ada cara membuat pengaturan yang kita tidak fahami. Tetapi kita berdua tidak berbeza. Kurniaan yang saya ada, kamu ada. DIA hendak kurniakannya kpd kita semua. Sebab itulah DIA perintahkan saya supaya datang mengingatkan kamu tentang kurniaanmu. DIA bukan kurniakannya kpd saya seorang saja Saya di sini untuk tunjukkan kurniaanmu. Jika kamu maksudkan bagaimana saya dapat menyampaikan mesej ini kpd kamu dan bukan kamu sendiri mendapatnya, jawapannya adalah kerana saya sudah mengetahuinya dan kamu belum mengetahuinya, jadi saya boleh tunjukkan apa yang saya tahu. Kemudiannya apabila kamu tahu, kamu juga boleh tunjukkan kpd orang lain. Kita akan makin hari makin mengenali TUHAN, mengenali DIA semula. Suatu hari nanti barangkali DIA akan beritahu kamu, ‘Sekarang engkau pergilah beritahu semua orang yang lain. Engkau dapat berkongsi pengetahuan ini.’ Pada masa itu, tiada ‘kamu’ dan tiada ‘saya’ tetapi hanya TUHAN yang bekerja melalui dirimu.’” TUHAN Melangkaui Balasan “Soalan: ‘Bilakah pengadilan TUHAN datang?’ Guru jawab: ‘Saya hanya tahu bila Rahmat TUHAN datang. Saya tidak kenali Tuhan yang murka. Saya hanya datang untuk beritahu kamu bahawa TUHAN adalah mengasihani, pengasih dan pengampun. Jika kamu ingin mengenali TUHAN ini, saya boleh tunjukkan kepada kamu. Perkara yang kamu tanyakan adalah tentang balasan. Ini adalah di dunia fizikal. Apa-apa yang kita buat akan wujudkan kesan. Itu automatik. Itu bukan kehendak TUHAN atau perbuatan TUHAN. Itu hanyalah akibat sesuatu perbuatan. Jadi apa-apa yang kita buat, kita harus pertimbangkan akibatnya terlebih dahulu. Jangan menyalahkan TUHAN atas akibat yang tidak menyenangkan jika perbuatan itu tidak cukup baik. Akibat sebarang perbuatan adalah sangat mudah. Jika kita menanam mawar, maka mawar akan mekar dan bukan sesuatu yang lain. Tetapi TUHAN melangkaui semua itu. TUHAN adalah pengasih, pengampun. TUHAN sentiasa bersama kita. DIA mahu melindungi kita dan beri segala kegembiraan yg kita inginkan, cuma kita perlu berhubung dengan DIA untuk menerimanya.’ Soalan: ‘Adakah benar bahawa TUHAN akan datang kepada kita pada tahun 2001?’ Guru jawab: ‘DIA akan datang dalam masa dua saat jika kamu benarkan saya menunjukkan DIA kepada kamu.’ Soalan: ‘Adakah Guru nampak TUHAN dalam mimpi-Mu?’ Guru jawab: ‘Tidak, bukan dalam mimpi – pada bila-bila saja. Selepas berhubung semula dgn TUHAN, kamu dapat lihat DIA pada bila-bila saja, tidak perlu dalam mimpi. Semasa jaga baru kamu menyedari bahawa kamu dapat lihat DIA. Jika kamu tidur, kamu tidak tahu.’”











