Cari
Bahasa Melayu
 

Kemenangan Menentang Alam Ganggu Keamanan, Bahagian 6 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi tolonglah berakhlak mulia, syukur kpd Tuhan atas keselamatan anda atas kesihatan anda, atas harta benda anda, atas kecukupan anda dalam segalanya dalam kehidupan, atas jaminan hidup anda, atas kegembiraan anda juga dan atas peluang anda malah ingat akan Tuhan, semua Buddha dan semua Guru peringkat-peringkat yang berlainan. Ingat sudah pun baik tetapi tak cukup. Anda mesti berdoa setiap hari, buatnya menjadi suatu tabiat.

Anda mesti memuji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan, memuji semua Guru, berterima kasih kepada Mereka semua. Yang paling baik, kenali Tuhan. Jadilah cukup bermakrifat supaya anda dapat lihat Buddha, dapat mengenali Buddha, dapat lihat Tuhan, dapat bercakap dengan Tuhan, dapat dengar firman Tuhan, dapat dengar sabda Buddha, sabda Guru, lihat Cahaya Syurga dan sebagainya. Ada banyak landskap untuk anda mengenal anda berada di Syurga mana, berada di tahap kesedaran spiritual yang mana, dengan diinisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin yang saya ajarkan kepada anak murid Tuhan saya.

Terdapat beberapa orang guru spiritual yang juga mengajarkan Kaedah Quan Yin, Cahaya dan Bunyi (Syurga dalaman) tapi sama ada mereka adalah yang palsu seperti orang yang khianati saya, menipu saya, kemudian bekerja untuk syaitan sebaliknya dan memudaratkan banyak orang, atau mereka berperingkat rendah dan hanya dapat bawa anda ke tempat mereka. Meskipun mereka ajarkan kaedah yang sama, namun mereka takkan dapat bawa anda lebih tinggi daripada itu. Sesetengah guru yg dulu mengajar saya kaedah yang sama pun,

mereka beritahu saya bahawa mereka tak berani panggil saya anak murid mrk. Saya kata, “Mengapa tidak?” Saya ialah anak murid pada masa itu. Mereka kata, “Tidak, kamu terlalu tinggi bagi kami.” Perkara macam itu berlaku. Hanya untuk anda tahu, untuk orang yang tidak bersama kami tahu bahawa sebelum tinggalkan sini, pertimbangkan baik-baik, pastikan bahawa kaki anda mendarat di Syurga yang selamat, kawasan yang selamat di mana anda boleh pasti untuk pergi ke Kerajaan Tuhan setinggi mungkin.

Di Kerajaan Tuhan, ada banyak peringkat, seperti yang Nabi Isa katakan, “Di Rumah Bapa saya, terdapat banyak rumah agam.” Baginda maksudkan Tuhan ada Kasih Sayang besar, ruang besar utk kita. Baginda juga maksudkan terdapat banyak peringkat Syurga, bergantung kepada bagaimana kita beramal atau siapa yang kita ikut.

Semalam, saya baca sepintas lalu berita dunia kerana saya juga sering mencari berita untuk dihantar kpd pasukan saya untuk disiarkan kepada semua orang supaya dapat lihat seluruh dunia sepintas lalu, apa yang berlaku di negara-negara yang berlainan, lebih senang untuk anda daripada jika anda duduk dan cari dari saluran ke saluran jika anda tiada masa. Kami buatnya tertumpu, padat, jadi lebih senang untuk lihat, faham dan menyedari kita berada dalam jenis situasi apa, baik atau buruk, pada waktu-waktu yang berlainan di negara-negara yg berlainan. Saya juga singkirkan berita palsu daripada manusia dan maklumat yang dijana daripada AI, di mana-mana saja saya sedari.

Saya lihat sesetengah daripadanya. Saya lihat Presiden Zelenskyy pergi ke Washington untuk berjumpa dengan Presiden Trump. Mereka bercakap tentang keamanan tetapi kelihatan macam perang di sana. Agaknya ada banyak butiran lain yang berlaku sebelum mereka duduk di sana secara rasmi dan bercakap dengan wartawan di Amerika. Daripada apa yang saya lihat, Presiden Trump benar-benar inginkan keamanan, hentikan segala pembunuhan di Rusia dan Ukraine (Ureign) disebabkan peperangan tanpa henti sejak tiga tahun lalu lagi. Ya Tuhan, itu masa yang panjang, banyak penderitaan.

President Donald Trump hosts President Volodymyr Zelenskyy at White House– Feb. 28, 2025, His Excellency Donald J. Trump: Saya harap saya akan diingati orang sebagai pendamai. Adalah sangat baik jika kita dapat lakukan ini. Saya lakukan ini utk selamatkan nyawa lebih daripada apa-apa yang lain. Kedua adalah utk jimatkan banyak wang tetapi saya anggap itu jauh kurang penting. Saya harap saya akan dikenali dan diakui sebagai pendamai. Menyelesaikan ini adalah sangat baik. Ini situasi yang sangat berbahaya. Ini boleh menyebabkan Perang Dunia Ketiga. Ini menuju ke arah yang salah.

Kami bantu dengan apa-apa saja cara kewangan yg dapat kami bantu dan apa-apa saja perkara yg boleh kami buat tetapi tak begitu senang. Seorang profesor di Ukraine (Ureign) menulis surat kepada saya dan minta saya hantar orang, anak murid saya, ke negaranya untuk buka Loving Hut di universiti tertentu. Saya bersetuju dan suruh orang pergi ke sana tetapi tak begitu senang. Selama ini, kami membantu tetapi tak boleh tinggal lama di sana. Kerana mendapat visa di sana adalah menyusahkan. Visa kerja akan […]. Visa jangka panjang adalah lagi sukar.

Sama juga di Afrika seperti Congo. Jika anda ingin tinggal di sana dengan visa kerja, itu sukar dan anda perlu […]. Jika anda nak mendapat visa jangka panjang, anda perlu bayar tiga atau empat ribu dolar Amerika dan memohon. Tetapi ini tak bermakna anda akan diterima dan wang yang anda bayar akan dipulangkan meskipun anda tidak diterima. Jadi sukar.

Jadi orang mengkritik saya, mengapa saya seorang pengamal tetapi masih berniaga. Saya bukan berniaga supaya saya makan lebih banyak daripada anda. Anda makan dengan lebih baik di rumah daripada apa yang saya makan di sini. Anda tinggal dalam keadaan yang lebih baik daripada tempat saya diami – lebih selesa, ada air panas yang mengalir. Di sini, saya perlu mandi dengan air sejuk, malah cuci rambut dengan air sejuk. Air panas mengambil masa yang terlalu lama untuk dijerang. Kita perlu masukkannya ke dalam banyak baldi. Pada musim sejuk, kita letak air suam pun, dalam sekelip mata saja, kita gunakannya, itu air sejuk. Jadi saya tak peduli, saya gunakan air sejuk saja, cuma perlu tutup baik-baik supaya angin tidak masuk dan memudaratkan kita. Itu saja.

Jadi jangan cuba terlalu banyak mengkritik. Bukan saya saja tetapi sesiapa pun. Sesiapa yang cuba berbuat baik kepada manusia, kepada orang-haiwan, habiskan semua masa, keupayaan dan wang untuk membantu, cubalah meneliti itu. Jangan mengkritik. Apa kesalahan yang telah mereka buat? Apa kesalahan yang telah saya buat? Saya hanya berniaga. Saya memperoleh wang yang adil, jujur dan bersih, kemudian berikan kepada orang, sesiapa saja yang perlukannya pada bila-bila Tuhan izinkan. Kadangkala saya perlu berdoa. Jika tidak, Tuhan tidak izinkan. Contohnya, jika saya ingin berikan AS$40,000, Tuhan izinkan AS$20,000 saja, maka saya perlu menerima itu walaupun itu hancurkan hati saya. Hidup saya bukanlah milik saya. Anda ingat saya bebas? Saya tidak. Saya tidak bebas kerana karma dunia menimpa saya. Disebabkan oleh karma dunia, saya perlu buat mengikut Kehendak Tuhan. Jika kita tidak buat apa-apa pun, maka Tuhan biarkan kita saja. Kita tak perlu memberi dan mengambil apa-apa pun.

Sekarang kita kembali kepada dua orang presiden ini. Mereka berdua ada perasaan muhibah. Presiden Zelenskyy pergi sejauh ini ke Amerika untuk menandatangani kontrak, perjanjian dengan Presiden Trump supaya beliau dapat lebih banyak membantu Ukraine (Ureign) dalam jangka masa panjang. Beliau kata lepas menandatangani itu, Ukraine (Ureign) akan mendapat bantuan berkekalan daripada Amerika. Ukraine (Ureign) akan ada kedudukan yang lebih terjamin di dunia juga tetapi sesuatu berlaku, beliau tidak menandatanganinya dan mereka bertikai dengan kuat.

Seharusnya lebih damai. Mungkin mereka berdua harus duduk bersama di pejabat peribadi dan menyelesaikan masalah dulu dan saling bersetuju dengan apa yang akan dikatakan di khalayak ramai. Jika tidak, macam itu, seluruh dunia akan nampak. Itu bukan situasi yang begitu menyenangkan walaupun kedua-duanya bermaksud baik. Kedua-duanya sangat ghairah dengan apa yang mereka cari dan apa yang cuba mereka capai.

Tetapi kadangkala kita ada kecenderungan manusia, sifat manusia, konsep manusia yang menghalang di antara keamanan dan keikhlasan kedua-dua pihak. Presiden Trump berkuasa, dah tentu. Beliau baru menang besar dalam pilihan raya dan hampir seluruh negara menyokong Beliau dalam segalanya yang dibuat-Nya, dalam setiap keputusan baharu yg dibuat-Nya utk bantu Amerika menjadi hebat semula. Jadi Beliau berkuasa. Beliau dalam kedudukan menang dan kedudukan amat berkuasa. Jadi mungkin Beliau terlupa sikit, kurang mempertimbangkan rasa Presiden Zelenskyy yang sudah lesu selama tiga tahun. Rambutnya tiba-tiba menjadi beruban dan mukanya, segalanya berubah disebabkan sakit kepala peperangan, terlalu banyak tanggungjawab, terlalu banyak penderitaan, terlalu banyak diganasi, segala-galanya, dan nyawanya tak pernah selamat sejak itu, sejak peperangan.

Media Report from The Telegraph – Feb. 24, 2023, His Excellency Volodymyr Zelenskyy: Soalan terakhir dan yang paling sukar. Saya sayangi mereka, isteri saya, dengan sepenuh hati. Anak saya ialah orang yang paling penting bagi saya. Saya tidak kerap berjumpa dgn mereka. Ibu bapa saya, saya langsung tak berjumpa dengan mereka. Saya sangat bangga dengan isteri saya. Saya percaya dia buat segalanya untuk... Saya tahu apa jenis orang dia itu. Dia buat segala-galanya demi anak dan negara. Saya harap dia buat sedikit demi saya. Saya bergurau saja, dah tentu. Mereka ialah segalanya dalam hati saya. Saya jujur ​​apabila saya kata itu perkara yang paling sukar bagi saya dan itu sebabnya bukan senang bagi saya jawab. Apa yang paling penting adalah tidak mengecewakan mereka. Apa yang penting ialah anak saya bangga dengan saya.

Apabila orang sudah rebah ke atas lantai, kita tak harus tendang mereka lagi. Tetapi situasi politik tidaklah senang bagi sesiapa pun. Saya bayangkan jika itu saya. Jika saya ialah Presiden Zelenskyy, saya takkan tahu apa yang nak dibuat. Saya tak rasa sesiapa akan lebih bijak jika mereka berada dalam situasinya, tertekan dari semua belah, sudah kehilangan terlalu banyak benda, kehilangan terlalu banyak dan malah risau tentang kehilangan negara sendiri. Pemenang harus sentiasa lebih bertimbang rasa, lebih memahami.

Photo Caption: Meninggalkan Dunia Fizikal dengan Warna yang Menyenangkan

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-15
2610 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-16
2078 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-17
1855 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-18
1793 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-19
1872 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-20
1257 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-21
866 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-22
320 Tontonan