Cari
Bahasa Melayu
 

Kemenangan Menentang Alam Ganggu Keamanan, Bahagian 8 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi Presiden Trump, Anda orang yang agung, tolong minta beliau (President Zelenskyy) kembali dan berbincang bersama di dalam bilik peribadi. Tak perlu menyiarkan segala kelemahan di depan dunia macam itu. Beliau dah cukup dihukum. Meskipun beliau telah membuat apa-apa yang salah, beliau sudah dihukum siang dan malam selama tiga tahun.

Sekarang, Presiden Zelenskyy, saya tak berhak untuk bercakap dengan anda atau Presiden Trump. Saya hanyalah seorang wanita. Wanita berhati lembut. Kami tak suka berperang seperti lelaki. Kebanyakan peperangan disebabkan oleh lelaki, bukan oleh wanita. Sekarang, Presiden Zelenskyy, saya kawan anda. Saya bantu negara anda sebanyak yang boleh. Tak begitu senang bagi saya membantu orang. Saya tiada wang yang begitu banyak seperti banyak bilionwan di sana. Saya belum capai ‘B’. Saya hanyalah ‘M’, ‘m’ kecil. Jadi barangkali bilionwan lebih banyak membantu anda, atau tidak. Saya tak pasti.

Saya buat apa yang boleh. Tak begitu senang. Saya hanya nak beritahu anak murid saya bahawa walaupun seorang profesor, seorang dekan minta saya hantar orang ke salah sebuah universiti di negara anda untuk buka restoran vegan Loving Hut, saya ada hantar orang, namun bukan senang bagi mrk tinggal di sana. Jika mrk nak tinggal di sana, sama ada perniagaan boleh diteruskan atau tidak, mereka perlu bayar dengan banyak untuk visa, visa kerja, dan tak boleh tinggal lama, saya dilaporkan. Hampir macam itu. Kelihatan macam sukar nak berniaga di negara anda. Pada asalnya saya boleh lebih banyak membantu. Saya hantar orang, hantar wang sebanyak yang boleh bagi sedikit apa yang saya ada. Saya dah hantar lebih banyak daripada yang seharusnya tetapi ini bukan senang.

Saya tiada sebarang kedudukan untuk bantu anda dan negara anda. Presiden Trump boleh. Anda perlu percayai Beliau kerana Beliau orang yang jujur. Beliau juga perlu bekerja untuk kebaikan negaranya. Jadi anda berdua harus lebih saling memahami dan berbincang secara tertutup dulu, saling bersetuju dengan subjek mana boleh disiarkan ke seluruh dunia. Saya tahu anda telah banyak menderita dan ada tanggungjawab yang besar di atas bahu anda. Anda kecewa dan berharap, kemudian tiada harapan dan 10,000 perkara yang perlu anda buat. Saya tahu akan itu.

Tetapi setiap perdamaian, rundingan adalah seperti perniagaan, tahu tak, tuan? Setiap rundingan adalah spt perniagaan, perlu memberi dan mengambil. Kita tak boleh mengambil semuanya dan tak boleh memberi semuanya kerana ada pihak ketiga, En. Putin. Betul atau salah, kita perlu berurusan dengan dia dan perlu berurusan secara memberi dan mengambil. Tiada sesiapa yang boleh mendapat segalanya, memberi segalanya.

Maafkanlah musuh saja, buat urusan yang baik untuk kedua-dua pihak. Oleh sebab anda berdua ialah lelaki, anda ada kemegahan. Lelaki tak nak kalah. Ia menyakiti dia. Jika anda tak nak kalah, Putin lagi kurang nak kalah. Perlu berbincang, perlu bersabar, merendah diri, ikhlas. Berdoa kpd Tuhan sebelum setiap situasi Itu saja yg boleh saya berikan kpd anda, hanya nasihat. Saya tiada sebanyak wang yang saya nak berikan kepada negara anda dan membantu. Saya buat setiap perkara kecil yg boleh. Saya tidak meminjam wang daripada Bank Dunia atau apa-apa seperti itu. Jadi wang saya tidak sebanyak wang semua orang yang lain, orang kaya. Saya hanya ada secukupnya untuk uruskan hal saya. Jadi ini nasihat yang boleh saya berikan

kepada anda. Dalam setiap perniagaan, setiap urusan, mesti memberi dan mengambil, dalam perkahwinan pun, dengan ibu bapa dan anak pun, sentiasa memberi dan mengambil, tuan. Saya tahu ini sukar bagi anda tetapi rakyat akan faham. Mereka mahukan keamanan lebih daripada apa-apa yg lain dan anda akan jelaskan kepada mereka mengapa anda buat keputusan macam ini, macam itu. Atau anda beritahu rakyat apa yg anda nak putuskan – macam ini, macam itu. Jika majoriti bersetuju, maka anda lakukan. Ini situasi yang sangat sukar bagi anda. Anda berada di kedudukan yang tiada pemimpin di dunia mahukan tetapi anda perlu buat sebaik yang boleh untuk negara anda. Berdoalah kepada Tuhan untuk membimbing anda. Baiklah. Semoga anda selamat maju jaya.

Saya tiada cara untuk bercakap dengan anda macam ini secara peribadi. Saya tak tahu bagaimana menghantar e-mel dari tempat saya. Saya tak pernah menghantar e-mel. Saya tak tahu bagaimana. Sekarang pun, saya tak tahu bagaimana. Segalanya sudah disediakan untuk saya. Ia hanya untuk saya bekerja untuk Supreme Master Television. Saya tak tahu apa-apa yang lain. Saya tak tahu pun, jika saya hantar e-mel, sama ada ia akan sampai kepada anda atau Presiden Trump.

Saya tak begitu besar dalam dunia politik, anda tahu itu. Jadi saya dengan ikhlas berdoa untuk negara anda dan semoga anda selamat maju jaya. Dengan izin anda, dengan izin rakyat anda, saya juga memanggil negara anda ‘Ureign’, bermaksud ‘anda memerintah’. Anda berkuasa atas diri sendiri, atas negara anda. Tiada oang lain yang harus. Itu penting.

Baiklah. Dan berdoa setiap hari. Saya berharap anda berjumpa dengan isteri dan anak kadangkala. Saya tahu itu sukar tetapi anda perlu berjumpa dengan mereka kadangkala atau ambil masa utk cakap dgn mereka. Saya hanyalah seorang wanita tua yang alami kesusahan menghadapi kesakitan mangsa perang dan mangsa rumah sembelih. Manusia juga ada rumah sembelih, seperti peperangan. Orang-haiwan ada rumah sembelih tanpa mereka ada sebarang kaitan dengannya. Hati saya sakit setiap hari. Jadi anda berdua, presiden agung dan presiden berani, maafkan saya jika saya katakan apa-apa yang menyinggung perasaan anda. Ia datang daripada kesakitan besar saya untuk orang, utk rakyat tak berdosa dlm peperangan, sebanyak untuk orang-haiwan di rumah sembelih.

Jadi maafkanlah saya. Semoga anda berdua selamat maju jaya. Saya cintai Amerika dan Ureign (Ukraine). Saya cintai Rusia juga. Tolong pertimbangkan En. Putin juga walaupun selama ini saya tak suka dia, tak suka dia melancarkan peperangan. Anda tahu akan itu. Saya menyuarakan segala pendapat saya sejak permulaan lagi.

Pertimbangkanlah Putin juga. Dia seorang lelaki juga dalam bahasa manusia, dalam masyarakat manusia. Dia seorang lelaki juga. Dia juga ada kemegahannya. Jadi terlalu banyak mendesak ke mana-mana arah, untuk anda, untuk dia, untuk Presiden Trump, takkan mendatangkan hasil. Perlu bersusaha dengan ikhlas dan perdamaian dulu. Itu saja yang boleh saya katakan. Saya harap ia akan berlaku, keamanan akan datang ke Rusia dan Ukraine (Ureign). Terlalu banyak orang tak berdosa sudah mati, askar atau orang awam, kanak-kanak, wanita. Itu banyak menghancurkan hati saya. Tolong berdamai untuk kita, untuk saya. Terima kasih.

Dan juga, untuk En. Bilionwan Elon Musk, saya juga tak berhak untuk bercakap dengan anda. Saya tak dapat hubungi anda dengan e-mel, surat peribadi atau apa-apa pun. Saya tak tahu sama ada sesiapa akan ambil surat saya dan berikannya kepada anda, atau sesiapa yang lain di dunia ini. Saya cuma harap anda boleh dengar kata-kata saya di sini, hanya sepatah dua kata. Tolong lindungi anak anda, lindungi anak anda itu apabila dia datang bersama anda di Pejabat Bujur dan dalam sesetengah ucapan anda. Lindungilah dia dari tempat-tempat macam itu. Tenaga di sana mungkin tidak baik untuk dia. Dia hanyalah anak kecil.

Biarlah dia menjadi anak kecil. Biarkan dia membesar dalam keadaan normal. Lindungi dia drpd mata umum. Anda takkan tahu mana adalah baik untuk dia. Jadi tempatkanlah dia di tempat yang selamat, penyayang, pemurah, kemudian kerap datang berjumpa dengan dia, atau bawa dia bersama anda tetapi dia bersama pembantu rumah, bersama penjaga budak, dan anda pergi uruskan hal untuk dunia. Anda perlukan segala kekuatan anda, segala tumpuan anda. Jangan bawa kanak-kanak ke sana sini. Itu tidak baik untuk anda, tidak baik untuk kanak-kanak.

Tak kelihatan elok juga untuk Pejabat Bujur presiden atau dalam ucapan awam kerana ia berikan tanggapan yang berbeza. Jangan buat pejabat yang paling berkuasa di dunia menjadi bilik penjagaan budak atau hanya bilik makan atau ruang tamu peribadi anda. Kita mesti hormati pejabat ibu kota. Kita mesti buatnya untuk hal ehwal negara saja. Itu juga milik anak anda tetapi dia tak harus pergi ke sana pada usianya. Saya tahu anda sayangi dia dan dia sayangi anda. Sebab itulah anda tak dapat berpisah dengan dia kadangkala tetapi anda mesti.

Saya tiada orang-anjing saya di sini. Saya tiada orang-burung saya di sini. Mereka ialah orang tersayang saya. Mereka ialah ahli keluarga saya. Saya begitu rindui mereka. Saya juga tiada anak murid saya di sini. Saya begitu rindui mereka juga. Mereka begitu rindui saya. Tetapi saya perlu buat kerja saya berseorangan buat masa ini. Jadi saya bukan beritahu anda apa yang saya sendiri tak dapat lakukan. Saya tahu itu sukar tetapi kita perlu. Okey, tuan?

Saya begitu hormati anda. Saya peminat anda juga. Anda menakjubkan. Anda berkuasa. Anda membantu presiden menang balik jawatan yang wajar diperoleh-Nya. Rakyat Amerika berterima kasih atas itu. Anda ialah kawan paling karib atau salah seorang kawan paling karib yang boleh dimiliki dan dipercayai oleh presiden. Beliau sangat bertuah adanya anda. Jadi biarlah hal ehwal berada di luar kawasan persendirian untuk berinya suasana berkuasa, tenaga hal ehwal negara dan buatnya kekal tertumpu macam itu.

Mana-mana arena politik awam di mana orang bercakap tentang subjek-subjek yang berlainan, kadangkala bertikai, kadangkala bertengkar. Ia tidak baik untuk kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin kelihatan macam tidak memahami segalanya tetapi jiwa, mindanya akan rekodkan semua itu. Itu bukan permulaan yang baik bagi anak kecil. Tolonglah, saya sayangi kanak-kanak. Anda boleh lihat saya menulis banyak petua hanya untuk kanak-kanak. Bukanlah kerana saya tidak sayangi orang dewasa. Saya ada orang dewasa sbg anak murid tetapi saya sayangi kanak-kanak kerana mereka tak berdosa, kerana mereka lemah di dunia kita yang huru-hara dan tidak baik. Jadi biarlah mereka jauhi arena politik, pertikaian hal dan tenaga yang berbeza dengan rumah. Biarkan kanak-kanak berada dalam keselamatan rumah mereka sehingga mereka dah cukup besar untuk menghadapi perubahan di luar. Dia ada masa. Biarkan dia ada masa.

Photo Caption: Musim Sejuk Ada Salji, Musim Panas Ada Haba. Jika Tak Dapat Ubahnya, Hidup Dengannya!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-15
2977 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-16
2274 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-17
2054 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-18
2040 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-19
2136 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-20
1561 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-21
1218 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-22
959 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-23
746 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-24
388 Tontonan