Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang, Presiden Zelenskyy, saya memahami segala situasi anda sebagai pemimpin di negara yang hancur akibat peperangan yg berterusan. Anda pasti telah susut badan, kehilangan ketenangan dalam kapasiti mental dan banyak kesan yang lain, melemahkan anda. Berjuta-juta orang senegara anda terpaksa melarikan diri dari rumah dan anda kehilangan semakin banyak askar, mungkin kurang daripada Rusia tetapi anda tetap kehilangannya. Itu banyak menyakiti hati anda dan buatnya begitu, kadangkala anda tak dapat cari ketenangan, tak dapat cari kecerdasan biasa disebabkan oleh kesakitan. Segala kesakitan berkaitan peperangan itu bagi anda sebagai ketua negara, juga mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan/atau mental anda, ketenangan fikiran anda!Tapi tolonglah, anda perlu bekerja bersama Presiden Trump. Anda perlu percayai Beliau kerana saya percayai Beliau – jika itu bererti apa-apa bagi anda – kerana majoriti daripada rakyat-Nya mempercayai Beliau. Itu keajaiban yang jarang. Bukan semua presiden di dunia dipercayai oleh rakyat sendiri, malah oleh majoriti. Itu akan 50-50 jika mana-mana drpd mereka bertuah. Jadi tolonglah, bekerja bersama Presiden Trump meskipun anda rasa anda dihina.Apa masalahnya dengan kemegahan kita? Kita tak kehilangan apa-apa pun jika kita kehilangan kemegahan diri, juga untuk kebaikan orang lain, untuk kebaikan negara anda. Kemegahan itu tak benar-benar wujud. Kita datang dengan tiada kemegahan; kita mati dengan tiada kemegahan. Ia hanyalah ilusi, salah satu ilusi di dunia ini. Tolonglah, anda perlu merendah diri. Adalah sukar bagi seorang presiden yang malah dalam peperangan merendah diri tetapi anda perlu, Presiden, anda perlu, demi negara anda, malah demi semua orang Rusia yang akan mati di negara anda. Belas kasihan perlulah mengatasi kemegahan. Anda perlu ada keamanan, kembali ke sisi keluarga, menjalani kehidupan normal bapa dan anak, suami dan isteri. Anda tak boleh teruskan macam ini selama-lamanya. Anda tahu akan Presiden Trump. Beliau baru terpilih sekali lagi dan ada 10,001 perkara untuk dibuat juga. Jadi mungkin Beliau hilang sabar juga. Kesabaran bukanlah senang untuk dikekalkan di dunia ini kerana dengan begitu banyak perkara yg mendesak kita tanpa penghujungnya, kadangkala kita tak dapat kekal berada dalam keadaan baik.Bagi lelaki atau wanita yang berkeluarga pun, ada masalah keluarga, mereka juga hilang sabar dengan lebih kerap daripada yang dijangkakan. Tapi oleh sebab mrk saling menyayangi, mereka kembali bersama, memenuhi keperluan, memulihkannya, berdamai dan wujudkan keluarga yang damai semula. Apalagi anda sebagai presiden negara yang berperang, setiap hari mengetahui betapa banyak berita buruk, setiap hari mengetahui betapa banyak orang mati di kedua-dua belah.Saya tahu walaupun orang Rusia sepatutnya ialah musuh anda, namun anda rasa tak sedap hati juga apabila mereka mati atau cedera dan menjadi lumpuh dgn sebarang cara kerana mereka ialah manusia juga. Mrk kelihatan seperti rakyat anda juga. Saya tak tahu bagaimana Presiden Putin rasa tentang rakyat mudanya yang mati setiap hari di medan perang, malah di negara asing, tetapi saya tahu anda berhati perut. Saya tahu anda rasa kesal. Anda rasa bersimpati dengan mereka juga apabila keluarga mereka kehilangan anak lelaki atau perlu membawa balik dan menjaga anak lelaki yang tercedera, anak perempuan yang tercedera atau veteran perang yang cacat balik ke sisi keluarga kerana anda tahu jika itu anda, anda akan rasa hancur hati, akan rasa bagai nak mati. Jadi tolonglah, jual kemegahan anda kepada angin. Merendah diri, pergi buat perjanjian dengan Presiden Trump.Presiden Trump juga ada tanggungjawab dan isunya sendiri untuk diuruskan. Amerika tak dapat terus bekalkan senjata, wang selama-lamanya kpd mana-mana negara meskipun mereka suka akannya. Meskipun mereka suka dan menyokong negara itu, mereka tak dapat lakukannya selama-lamanya. Wang cukai orang Amerika perlu dibelanjakan pada kebajikan orang Amerika. Anda tahu bahawa Presiden Trump sangat menjaga rakyat-Nya sendiri. Jadi jika Beliau buat sebarang perjanjian, ia perlu adil bagi kedua-duanya. Orang paling kaya di dunia pun tak dapat terus membantu orang miskin sepanjang masa dan sentiasanya. Wang mereka akan habis. Perniagaan mereka akan terjejas. Jadi Presiden Trump ialah orang yang adil. Beliaubuat apa yang baik untuk orang Amerika tetapi juga mempertimbangkan negara lain. Jika Beliau terpaksa guna langkah keras, ini kerana Beliau tahu bahawa itu akan menyedarkan pemimpin lain supaya bekerja bersama Beliau demi semua orang di dunia ini. Beliau bukanlah orang yang buruk. Beliau hanya guna sebarang cara yang mungkin apabila Beliau rasa ia berkesan. Kemudian Beliau akan perlahankannya. Kemudian Beliau akan kembali kepada keadaan normal yang anda harapkan. Seperti kadangkala Beliau kenakan tarif yang tinggi terhadap banyak negara supaya mereka buat perkara dengan adil, logik, kemudian Beliau akan kurangkan tarif. Beliau sudah lakukannya dengan sesuatu cara dengan sesetengah negara.
Media Report from KTLA 5 – Mar. 7, 2025: Presiden anggap tarif sebagai suatu alat runding yang berkesan. Beliau mendakwa bahawa negara lain tidak adil terhadap Amerika dan pendekatannya akan betulkan defisit perdagangan Amerika.
Media Report from DW News – Feb. 1, 2025: Trump telah janjikan langkah untuk meningkatkan pembuatan tempatan di Amerika dan beri tekanan kepada jirannya supaya buat lebih banyak untuk hentikan aliran pendatang dan najis dadah ke dalam negara.Media Report from Global News – Jan. 22, 2025, His Excellency Donald J. Trump: Mereka benarkan berjuta-juta orang masuk ke dalam negara kita yang tak seharusnya berada di sini. Mereka boleh halang mereka tetapi mereka tidak. Mereka telah bunuh 300,000 orang pada tahun lalu, pada pendapat saya, telah dihancurkan oleh dadah, oleh fentanyl. Fentanyl yang datang melalui Kanada adalah sangat banyak. Fentanyl yang datang melalui Mexico adalah sangat banyak.Media Report from LiveNOW from FOX – Mar. 8, 2025, Reporter: Presiden Donald Trump buat sementara waktu hentikan tarif ke atas import keluli dan aluminium dari Mexico dan Kanada, beri lebih banyak masa kepada negara itu untuk rundingkan isu utama berkaitan keselamatan sempadan dan perdagangan.Madeleine Rivera: Presiden telah adakan banyak perbincangan dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum. Semalam Presiden bercakap tentang perbualannya dengan Sheinbaum, berkata bahawa beliau ada perbualan yang baik, produktif dengan Presiden Mexico dan berkata beliau telah nampak bukti nyata berkaitan tindakan Mexico untuk hentikan aliran haram fentanyl. Beliau berkata bahawa beliau telah nampak bukti aliran fentanyl semakin menurun.Reporter: Presiden Donald Trump berkata, “Selepas bercakap dengan Presiden Claudia Sheinbaum negara Mexico, saya telah bersetuju bahawa Mexico takkan dikehendaki untuk bayar tarif bagi apa-apa saja yang berada di bawah Perjanjian USMCA. Perjanjian ini adalah hingga 2 April. Saya lakukan ini sebagai tolak ansur dan disebabkan rasa hormat kepada Presiden Sheinbaum. Hubungan kami sangat baik. Kami bekerja keras bersama berkaitan sempadan, dari segi menghalang pendatang haram daripada memasuki Amerika dan begitu juga, hentikan fentanyl. Terima kasih kepada Presiden Sheinbaum atas kerja keras dan kerjasama anda!” Jadi Beliau bukanlah orang yang buruk. Janganlah lihat Beliau daripada tindakan luaran yang perlu diambil-Nya untuk menyelamatkan rakyat, orang Amerika. Amerika telah menjadi hampir haus dalam aspek-aspek yang berlainan di negara mereka. Jadi Beliau perlu kembalikan kestabilan dan kesejahteraan kepada rakyat-Nya kerana itu apa yang Beliau sumpah untuk lakukan. Jadi tolonglah, bukan anda saja dalam peperangan yang ada masalah dengan negara anda dan Rusia. Presiden Trump, dalam keamanan pun, juga ada sangat banyak masalah untuk diuruskan kerana semua orang harapkan Amerika untuk bantuan, penyelesaian peperangan, pengendalian krisis antarabangsa dan perdamaian. Jadi tolonglah, anda perlu percayai Presiden Trump. Tanpa Amerika, negara anda akan hilang.Jangan bergantung kepada bantuan Eropah juga kerana mereka juga berperang tak lama dahulu. Sekarang mereka perlu pulih juga. Kemudian mereka ada begitu banyak juta orang pendatang, sah dan haram, yang datang ke negara mereka, juga menghabiskan kekayaan dan cukai rakyat mereka, membuat negara mereka lebih sukar untuk bertahan juga. Sekrg anda dapat lihat dgn jelas sekali bahawa ketika peperangan baru bermula di negara anda, Eropah abaikan anda. Anda berjuang sendirian. Saya malah perlu datang ke skrin (Supreme Master) TV saya dan jelaskan kepada mereka bahawa Rusia malah ingin mencerobohi seluruh Eropah dengan cara mereka mengendalikan strategi mereka, strategi perang pada permulaan peperangan. Mereka mengambil alih, menduduki banyak kawasan di sepanjang sempadan Eropah dengan Ukraine (Ureign). Buat apa mereka lakukan itu?Tetapi Eropah masih tidur. Pertama, kerana mereka mendapat bekalan gas yang begitu baik, murah dan sebagainya, segala jenis barang untuk keluarga, atau pembangunan mereka, untuk ciptaan, segala jenis barang. Mereka juga saling bergantung.Photo Caption: Musim Bunga Menari-nari dengan Hati Pulih Semula