Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di Taiwan (Formosa), sukar bagi saya beli mana-mana tempat yang lebih besar dan ada kebenaran untuk membina tokong atau ashram untuk orang datang mengamalkan tenaga baik lagi. Saya tak begitu kaya. Wang saya, berpuluh-puluh… Saya tak tahu berapa banyak – oh, pasti beratus-ratus juta telah saya peroleh dengan kerja saya, perniagaan saya dan apa-apa saja – semuanya disalurkan ke pelosok-pelosok dunia yg berlainan untuk bantu orang dalam kesusahan, bantu mangsa bencana, mangsa perang, operasi penyelamatan orang-haiwan dan sebagainya. Tujuan yang wajar. Jadi selepas 40 tahun menjadi Guru, mengajarkan Kaedah Quan Yin, saya hanya dapat beli satu ashram. Itu sekarang Ashram Alam Baharu. Semua tempat yang lain hanyalah yang kecil. Kita tak dapat beli tanah yang luas di Taiwan (Formosa) dan bina bangunan besar. Itu sangat sukar dan mahal. Saya tiada begitu banyak wang untuk terus beli.Saya tak tahu mengapa saya katakan semua ini kepada anda. Jadi saya hanya biar anda tahu bahawa semua tuduhan itu atas apa-apa saja tentang saya adalah salah. Saya hadapi kesusahan menjadi Guru di dunia yang penuh dengan pembunuhan dan perdambaan terhadap perniagaan yang membunuh. Ini perniagaan yang membunuh. Mereka ada tanah yang luas. Mereka boleh bina sebarang penjara orang-haiwan yang besar di sana kerana mereka ada hubungan dengan orang berkuasa. Perniagaan mereka baik. Mereka bayar, beri rasuah dan lain-lain. Saya tidak buat perkara ini. Saya hanya belanjakan wang jujur saya. Saya tidak merasuahi sesiapa pun. Saya tidak gunakan sebarang hubungan untuk menjadi ini dan itu atau beli tanah ini dan itu.Semua anugerah, semua kerakyatan kehormat yang diberikan kepada saya, contohnya, datang entah dari mana. Saya tak tahu pun hingga hari terakhir apabila mereka laporkan kepada saya bahawa saya ada majlis ini dan itu daripada kerajaan untuk berikan kerakyatan kehormat kpd saya. Saya bukanlah orang yang pergi ke sana sini dan berkawan dengan mana-mana pegawai kerajaan untuk mendapatkan apa-apa. Hingga sekarang, saya tidak kenali mana-mana pemimpin kerajaan yang berkuasa atau sesiapa pun. Kali pertama saya kenali mana-mana pegawai atau kakitangan kerajaan adalah apabila saya pergi minta kerajaan itu supaya bantu pelarian, pelarian (Âu Lạc) Vietnam pada masa itu kerana mereka bunuh diri untuk hentikan penghantaran balik ke (Âu Lạc) Vietnam. Pada masa itu, peperangan baru berakhir dan orang masih sangat takut akan sistem komunis. Jadi mereka melarikan diri, merisikokan nyawa sendiri di laut besar.Sekrg kita cakap ttg pelarian sekali lagi. Saya telah sebut sebelumnya. Saya telah katakan itu sebelumnya. Saya kata hanya jika negara anda berperang atau dalam keadaan terdesak, jika tidak, jangan pergi ke negara lain. Jangan menjadi pelarian, apalagi pelarian haram. Orang pandang rendah terhadap anda. Anda hanya bina sejenis alam impian tetapi bukan macam itu. Setiap negara perlu menjaga diri sendiri. Rakyat perlu menjaga diri sendiri. Mereka perlu bekerja keras seperti anda di negara anda. Anda mesti gunakan otak, daya upaya, keazaman, naluri untuk terus hidup anda untuk mencari nafkah sendiri. Anda tak perlu menjadi kaya atau terkenal. Anda hanya bekerja sekadar cukup untuk cari nafkah sendiri, keluarga anda. Itu dah cukup. Tak perlu melarikan diri, menyelinap masuk ke dalam negara lain, merisikokan nyawa sendiri dan dihina sebagai pengemis di negara lain. Jangan lakukannya terhadap diri sendiri. Jangan merendahkan diri anda kepada status pengemis semasa anda masih ada tangan, kaki, badan, otak, daya fikir. Sentiasa ada kerja di mana-mana saja di sebarang negara. Mungkin sesetengah kawasan desa tiada kerja yang mencukupi, maka anda boleh pergi ke bandar, ada banyak pekerjaan.Saya telah beritahu anda bahawa saya cuci pinggan ketika masih pelajar, bekerja di restoran, bekerja di hotel, malah sebagai pelayan, sebagai jurumasak, apa-apa pun saya buat, kemudian pada masa yang sama mempelajari bahasa itu, bahasa ini. Jadi saya tahu beberapa bahasa. Semua ini untuk saya cari duit, cuci pinggan mangkuk, contohnya. Saya tidak buat apa-apa pun. Saya tidak lari ke mana-mana negara utk dapatkan perlindungan atau apa pun. Keluarga saya tak begitu kaya untuk menampung saya di luar negeri. Saya perlu menjaga diri. Jadi jangan buat apa-apa yang begitu berisiko kepada nyawa dan reputasi anda sebagai warga di dunia bebas. Hanya dalam keadaan terdesak, dalam peperangan, dalam sistem yg benar-benar bersifat menindas, terpaksa melarikan diri. Tapi saya tak tahu sama ada mana-mana negara begitu bersifat menindas. Mungkin sesetengahnya buruk kerana kerajaan tidak tegas dengan kakitangan mereka, tidak hentikan mereka daripada menerima rasuah dan menindas rakyat untuk wang. Tetapi di negara komunis pun, mereka kata mereka negara yang sangat ketat tetapi rakyat masih boleh menjadi jutawan. Saya lihat banyak daripada mereka. Mereka boleh jalankan perniagaan besar jika mematuhi sistemnya.Anda tak perlu menjadi jutawan untuk diawasi oleh kerajaan atau orang lain yang cemburu. Anda boleh hanya menjaga keluarga yang baik, ada standard yang cukup baik untuk diri sendiri dan orang tersayang. Anda tidak sentiasa perlu membuat banyak duit untuk hidup. Tidak, tidak. Gaya keluarga yang baik, biasa, cukup makan, cukup pakai, selesa untuk mengangkut diri sendiri ke sana sini atau jalani kehidupan yang tenang. Itu memang apa yang harus sesiapa pun impikan, bukan menjadi bilionwan, jutawan, atau bekerja keras sekali juga, bos ini. Mereka sangat rajin. Mereka tidak tidur lena seperti petani biasa. Petani menjaga ladang, pulang ke rumah, tidur lena. Pada keesokan paginya, mrk keluar lagi dalam udara segar, di bawah sinar matahari, kehidupan yang baik mereka jalani, menjerihkan, ya. Tetapi dalam setiap kerja, anda perlu menyumbang sama ada dari segi fizikal, mental atau masa, apa-apa saja. Anda tak dapat hidup di dunia ini secara percuma.Anda rasa menjadi biksu, pergi minta makanan, itu kehidupan yang sangat bebas? Hari ini, tak begitu bebas. Banyak orang menyumpah mereka juga, pandang rendah terhadap mereka, macam mereka ialah beban masyarakat, ada tangan, kaki dan badan yang kuat tetapi tak nak menyumbang. Orang tak memandang biksu sebegini dengan mesra. Mereka sangsi akan keikhlasan mereka. Mungkin orang-orang ini malas, hanya nak hidup dengan sedekah manusia lain di negara mereka. Mungkin sesetengah orang ikut mereka dan memakai pakaian yang sama atau berwarna-warni, semua itu, macam sejenis kumpulan fesyen. Tetapi bukan semua orang bersetuju dengan jenis kehidupan itu. Jadi kebanyakan pendeta lelaki dan wanita dalam agama Buddha atau Katolik, contohnya, berada dlm mazhab mereka, di dalam rumah ibadat mereka. Lebih selamat macam itu sekarang ini. Mereka juga boleh mengajar orang dalam talian, di internet. Sesetengahnya buat begitu. Adalah baik macam itu. Orang buat tawaran kepada mereka dan mereka layak ambilnya kerana mereka buat sesuatu. Mereka mengajar orang perkara baik, tidak menyimpang daripada kepercayaan sendiri, tidak buat apa-apa utk memudaratkan orang, tidak salahgunakan kebaikan hati orang untuk kemewahan sendiri, maka tak mengapa.Orang Taiwan (Formosa), bukan sahaja kerajaan dan rakyat biasa tetapi orang zahid seperti pendeta lelaki dan wanita I-Kuan Tao, biksu dan biksuni agama Buddha serta pendeta drpd mana-mana agama juga perlu keluar dari jalan anda, dari tempat duduk selesa anda dan memperkenalkan kepada orang, galakkan orang supaya menjadi vegan untuk menyelamatkan negara anda kerana itu tujuannya anda menjadi orang zahid. Jangan hanya duduk di zon selesa anda, makan derma orang, malah hidup selesa dan mewah tetapi tidak buat apa-apa pun. Anda ada satu nyawa saja. Hayat ini ialah satu-satunya peluang sekarang, peluang terakhir anda boleh buat sesuatu yang baik dan amalkan kepercayaan yang anda ikut. Bukan hanya bercakap, bukan hanya baca kitab tetapi keluar, beritahu orang supaya lakukannya Anda ada peluang. Anda ada rumah ibadat. Anda ada jubah pendeta yang merupakan perlindungan yg sangat baik dan iklan yang baik untuk anda.Kebanyakan orang di luar mengikut pendeta lelaki dan wanita, orang yang berjubah dan sebagainya. Biasanya mereka tidak mengkritik atau tidak sangsi terhadap anda. Mereka sangsi terhadap saya dan mengesyaki saya kerana saya tak memakai pakaian yang sama. Tetapi jubah biksu, jubah paderi ialah iklan yang sangat baik. Orang akan hormati anda dengan serta-merta dan secara automatik. Jadi anda gunakan kuasa itu untuk keluar dari jalan anda, keluar dari zon selesa anda utk bercakap dgn orang, beritahu orang, berkhutbah, buat apa-apa saja. Anda ada segala-galanya. Anda dapat lakukan itu untuk sekurangnya selamatkan negara anda, belum kata lagi tentang menyelamatkan dunia melalui cara hidup penuh belas kasihan. Terima kasih. Semoga Buddha berkati anda. Semoga Santo, Tao berkati anda. Semoga Tuhan berkati anda. Amin.Jadi anda semua, warga dunia terutama mereka yang berada dalam kesusahan dan berperang atau diugut dengan peperangan oleh negara lain, bergantunglah pada diri sendiri. Jadilah seperti umat Tuhan, jadi baik, jadi mulia, jadi pemurah sebagaimana yang anda sentiasa berdoa kepada Tuhan, “Tuhan, Engkau berbelas kasihan. Berbelas kasihanlah terhadap aku.” Anda berbelas kasihan terhadap makhluk lain, saudara manusia, penghuni bersama yang lain, orang-haiwan, pokok yang tak memudaratkan, beri manfaat di hutan air jernih di dalam sungai untuk orang-ikan terus hidup dan untuk anda ada air yang bersih di tanah anda untuk bertani – tidak penuh dengan bahan kimia, tidak penuh dengan darah semua makhluk hidup. Tidak ganggu orang-ikan di dlm sungai, di dalam lautan supaya mereka boleh beri manfaat kepada anda, buat anda menjadi sihat, ceria dan tenang semasa hidup serta buat anak anda menjadi sihat, tiada penyakit, buat orang tua anda hidup dengan lebih selesa hingga hari Tuhan panggil mereka pulang ke Rumah. Jadilah belas kasihan yang anda minta daripada Tuhan. Jadilah belas kasihan yang anda minta daripada Syurga. Jadilah orang pemurah, anak seperti Tuhan.Photo Caption: Terus Hidup di Mana-mana Saja Boleh