Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di sini, Bonnie, Jared dan Guru bincangkan khutbah awam Guru dan inisiasi yang akan datang pada 27 November 1993 di San Francisco. Guru juga jawab soalan pendengar yang termasuk topik tentang ajaran Guru Bermakrifat masa lalu, apa di luar kitaran karma dan pengalaman hampir mati.Bonnie: Mari kita kembali kpd temu ramah kita dan banyak drpd anda yg menelefon kami berasa gembira.Jared: Sebelum kita kembali kepada soalan yang diajukan melalui telefon, saya ingin alu-alukan Guru kembali. Kami berbesar hati adanya Guru bersama kami dalam siaran pagi ini. (Terima kasih.) Saya rasa banyak orang, kadangkala orang di Barat ada perasaan bahawa orang dari Timur, dari negara Asia dan seumpamanya lebih sedar akan aspek kerohanian daripada di Barat. Adakah Guru rasa itu benar? Adakah Guru rasa mereka lebih spiritual di Âu Lạc (Vietnam), India atau apa-apa saja? Adakah Guru rasa kita sama dirundung masalah?Master: Saya tak rasa ada banyak perbezaan antara Timur dan Barat. Barangkali orang mengekspresikannya secara berbeza kerana saya ada begitu banyak kononnya anak murid Amerika yang baik, ikhlas dan suci. Cara mereka menyayangi, kasih sayang mereka mengalir keluar. Itu baik. Sebenarnya saya rasa mereka lebih reseptif jika mereka benar-benar percaya. Mereka memang malah lebih penyayang dan lebih percaya. (Mungkin ingin sekali tetapi...) Ingin sekali, ya, ya, itu perkataannya. Oh! Kamu seharusnya lihat mereka di sekeliling saya, maka kamu akan menangis. Mereka menangis. Apabila saya katakan sesuatu yang menyentuh hati mereka, mereka lagi banyak menangis daripada orang Timur.Bonnie: Kami pasti ingin menjemput orang supaya dapat bersama Guru apabila Guru akan berada di San Francisco sini. Guru akan berada di Istana Seni Halus di San Francisco dari pukul 7-10 malam pada Sabtu, 27 November dan ini akan merupakan khutbah percuma. (Ya.) In mendorong saya tanya soalan ini.Khutbah dan inisiasi Guru adalah percuma? (Sentiasanya, sebelumnya, di antaranya dan selepas itu.) Betul, dan juga tiada yuran keahlian (Tiada.) yg dikehendaki drpd orang yg ikut Guru, anak murid Guru. Jadi bagaimana Guru dapat bantu begitu banyak orang dari segi kewangan?Master: Agaknya ini bantuan TUHAN. Macam ni, saya ada bakat yang dikurniakan oleh TUHAN seperti melukis, membuat hasil seni, bernyanyi, mencipta muzik dan lain-lain. Daripada ini, saya memperoleh kestabilan kewangan, dan kerana kehidupan saya sangat sederhana. Kehidupan semua anak murid sangat sederhana juga dan menampung diri. Oleh itu, kami dapat berikan segalanya yang kami peroleh.(Guru tidak bina gereja, kan? (Tidak.) Bangunan?) Tidak, kami tak dapat bina dengan cukup besar untuk orang. (Betul.) Oleh sebab ada terlalu banyak orang, saya tak dapat ada tempat yang cukup besar. Benar, jadi kami tidak bina apa-apa pun.(Kami berkata bahawa orang ingin sekali dengar tentang makrifat, inisiasi dan kerohanian. Banyak pendengar kami menelefon. Seseorang, saya tiada namanya tetapi seseorang menelefon dari Mountain Dew, Guru, dan bertanya, adakah terdapat buku di pasaran oleh atau tentang Guru?) Oh! Saya rasa ia sangat kurang terdapat di pasaran tetapi kamu boleh hubungi mana-mana pusat meditasi kami. Jika mahu, mereka boleh tanya kamu, kemudian kamu berikan alamatnya kepada mereka. (Baiklah.) Kami boleh hantar majalah percuma kepada mereka setiap bulan, buku kecil percuma dan banyak maklumat percuma. Tetapi buku besar dijual pada kosnya, kos percetakan, dan semua pita dan video adalah seperti kos pita kosong.(Saya sedang lihat… Adakah ini contoh… ya, okey, ini laporan antarabangsa dan ini buku kecil sebanyak 60, 70 halaman di sini. Ia ada gambar yang cantik, saya nak kata, pada muka depan buku Mahaguru Ching Hai. Terdapat surat berita bulanan juga. Ini surat berita bulanan. Saya akan kata ia surat berita bulanan yang sangat impresif.) (Ya, memang.) Ya, ya. (Cantiknya.) Terima kasih. Kami hantar semuanya secara percuma untuk sesiapa saja.(Judy yang menelefon dari Menlo Park bertanya, “Bagaimanakah pengalaman hampir mati terterap ke dalam falsafah Guru? Guru ada tak apa-apa yang nak dikatakan kepada seseorang yang pernah alami pengalaman hampir mati?”) Oh! Ya, pengalaman hampir mati memang suatu pengalaman mati juga kecuali tali perak, kononnya tali perak yang sambungkan roh dengan kononnya alat fizikal ini masih belum terputus. Jadi mereka benar-benar alami pengalaman mati. (Ya.) Bagi mereka yang berakhlak mulia dan ada hati nurani yang baik dlm hidup, mereka akan nampak cahaya terang dan banyak alam yang indah. Itu kisah sebenar. Itu sama dengan ketika kamu bermeditasi. (Ya.) Ketika kamu bermeditasi, satu-satunya perbezaan adalah kamu dapat melanjutkan pengalaman ini atau adanya sekali lagi dengan sesuka hati dan mengembangkannya ke alam yang semakin tinggi. Ya. Jadi meditasi juga merupakan suatu pengalaman mati. Oleh itu, Santo berkata, “Saya mati setiap hari.” (Ya.) Ya. (Santo Paul berkata begitu, saya percaya.) Ya. Kita tinggalkan badan ini dan pergi ke kecantikan yang lebih tinggi, kemudian balik dengan sesuka hati. Perlukan latihan. (Dengan latihan?) Ya. (Ya, memang.) Tidak lama sangat. Sesetengah orang mendapatnya pada waktu inisiasi juga dan teruskan dari sana sejak itu.(Bagaimanakah orang yang dengar sekarang, jika rasa tertarik untuk menerima inisiasi, bagaimana mereka berbuat demikian?) Mereka boleh datang berjumpa dgn kami semasa khutbah dan kami akan berinya sejurus selepas itu. Percuma juga, bebas drpd segala syarat dan ikatan, percuma sepenuhnya, apa-apa pun percuma. Maksud saya, bebas daripada ikatan juga. Langsung tiada kewajipan kecuali jika kamu ingin mewajibkan diri untuk bermeditasi setiap hari bagi mendapat tahu lebih byk.(Jadi kita tidak perlu angkat tangan kanan dan bersumpah taat kepada sesiapa atau apa-apa pun? Tidak?) Tidak, tidak, tidak. Tetapi kamu perlu selepas itu kerana saya tidak cuba menarik lebih banyak anak murid tetapi saya ingin benar-benar mengajar mereka. Oleh itu, sesiapa yang ingin berada di sini, harus mematuhi peraturan penuh kasih sayang seperti diet vegan dan tiada keganasan termasuk terhadap orang-haiwan. (Ya.) Oleh itu, kita perlu betul-betul mematuhi itu, itu saja, dan bermeditasi. (Dan bermeditasi.) Ya.(Kami ada seorang pemanggil, seorang wanita dari Constance yang menelefon dari San Jose. Dia berkata bahawa setiap senja Selasa, pukul 5 petang, saluran televisyen 11 menyiarkan rakaman pita Mahaguru Ching Hai bercakap dan jawab soalan. (Oh! Ya?) Saya tak tahu akan itu. (Saya juga tidak.) Kita takkan tahu…) Ya. (…Takkan tahu di mana Guru akan muncul.) (Agaknya ini bermakna TCI Cablevision di saluran 11 di San Jose.) Setiap senja Selasa, pukul 5 petang. Ini dia, orang di San Jose boleh saksikan rakaman pita Mahaguru Ching Hai bercakap dan jawab soalan. Kita akan berhenti sebentar dan kami akan kembali bercakap dengan Mahaguru Ching Hai.)Jared: Kami ingin alu-alukan anda kembali. Jika anda telah dengar sejak tadi, selamat datang. Jika anda baru dengar, ini Radio 2000, Lihat Melangkaui Batas. Kami gembira adanya anda bersama kami pagi ini sementara kami menemu ramah Mahaguru Ching Hai. Guru Ching Hai, selamat kembali. Kami berbesar hati adanya Guru bersama kami. Kami terus menerima sangat banyak panggilan telefon.Seterusnya Richard menelefon dari Boulder Creek dengan soalan yang memang saya nak katakan juga. Richard bertanya tentang konsep Tuhan agama Buddha. Setelah kita sentuh itu, bahagian kedua soalannya adalah, “Apa di luar kitaran karma dan kematian?”Master: Dua soalan saja. (Ya, dua soalan.) Baiklah.(Dia nak tahu tentang konsep Tuhan agama Buddha (Baiklah.) dan apa di luar kitaran karma (Baiklah.) dan kematian.) Dan kematian, di luar karma dan kematian? Baiklah. (Ya.) Jadi saya jawab soalan pertama. Konsep TUHAN agama Buddha ialah Kesedaran Besar. Kita panggil Dia sebagai TUHAN, dan penganut Buddha panggil-Nya sebagai Kesedaran Besar atau Diri Agung. Kadangkala orang tanya Buddha sama ada terdapat TUHAN atau sama ada tiada TUHAN. Jadi Buddha berkata, “Saya tidak kata ada TUHAN dan tidak kata tiada TUHAN tetapi saya kata ada Satu benda yang daripadanya semua benda datang dan kepadanya semua benda kembali.” Jadi memanggil itu dengan apa yang ingin kita namakan. (Saya suka jawapan itu.) Ya.Jadi sekarang soalan kedua, apa di luar karma ialah Kebijaksanaan Terbesar dan Kegembiraan Tertinggi yang boleh kita tahu. Itu Kerajaan sebenar kita kerana di luar hukum sebab akibat, terdapat Hukum Kasih Sayang. Itu hanya Kasih Sayang dan Kegembiraan. Jika kita menembusi kitaran karma, maka kita pergi ke alam yang tiada hidup, tiada kematian, tiada karma, hanya kegembiraan, hanya kepuasan itu. Tetapi dengan berkata kepada kamu macam ini, saya terasa kita merendahkannya kerana bahasa manusia dengan senangnya mengelirukan dan sangat terhad. (Ada sesetengah benda yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.) Betul. (Betul tak itu?) Betul, betul. Kamu tahu akan itu. (Ya.) Hanya cinta kasih biasa kita, seperti antara lelaki dengan wanita, bagaimana kita gambarkan itu? (Memang.)(Shalona yang menelefon dari Pacific Grove hanya bertanya sama ada Guru tahu akan ajaran Kirpal Singh.) Ya, ya, tahu sangat. (Aha, aha!) (Inginkah Guru memperincikan itu?) Beliau ajarkan perkara yang serupa. (Aha, aha!) Saya tak pernah bertemu dengan Beliau tetapi ada baca buku tentang Beliau dan saya tahu Beliau ajarkan perkara yang sama.(Lang yang menelefon dari San Francisco bertanya… biar kita lihat, mengatakan itu sekarang, sementara kita dalam siaran, di Istana Seni Halus di San Francisco, para sami bentangkan mandala pasir. Guru tahu akan itu tak?) Tidak, saya tidak. (Tapi Guru tahu apa itu tak?) Ya. (Ya. Bagaimanakah mandala pasir digunakan dalam tradisi Buddha?) Biasanya ia digunakan dalam tradisi Tibet (Ya.)apabila mereka adakan upacara besar untuk berkat atau untuk berdoa dalam perhimpunan doa dengan warna-warna yg berlainan, sangat cantik, hanya melambangkan tenaga Alam Semesta. (Pasti. Guru, salah satu soalan lain yang ingatkan saya, bercakap tentang lukisan pasir atau mandala pasir, saya tahu bahawa orang Navajo di negara kami, Orang Asli Indian Amerika, gunakannya untuk penyembuhan. Adakah Guru gunakan… Maksud saya, banyak orang datang dengan banyak penyakit yang perlu disembuhkan. Adakah Guru sendiri gunakannya sebagai seorang penyembuh?)Tidak, saya tidak gunakan cara fizikal untuk menyembuhkan orang. Orang disembuhkan secara automatik. Jika sesuai, jika dah tiba masanya dan sesuai untuk mereka disembuhkan, maka mereka disembuhkan. Kadangkala hanya dengan menjadi anak murid, atau kadangkala hanya selepas inisiasi, atau kadangkala hanya apabila memikirkan nama saya, contohnya, tetapi ini kedengaran terlalu mengagungkan diri, jadi maafkanlah saya. (Kami tak kisah.) Terima kasih. Kerana kamu tanya, saya tak tahu bagaimana jawab kecuali secara terus terang. (Memang.) Ya. (Memang.) Saya tak perlu dekat dengan orang itu. Kami tidak bertumpu pada penyembuhan secara fizikal tetapi orang disembuhkan juga. Saya tak suka menekankan ini. Kamu tahu tak mengapa? Kerana saya tak suka orang datang dengan motif untuk sembuhkan badan fizikal, tetapi mereka harus datang dengan keinginan yg sungguh-sungguh terhadap TUHAN. Itu lebih bersifat abadi, lebih berkekalan dan akan beri manfaat kepada mereka dari segi fizikal, mental juga.(Guru banyak bercakap dan pasti telah bercakap tentang itu hari ini, tentang apa yang Guru panggil sbg ‘providence (takdir)’. (Ya.) Sesetengah daripada kita boleh gunakan perkataan, saya rasa ‘takdir’ bagi itu walaupun bagi saya ‘providence’ nampaknya ada lebih banyak hubungan spiritual dengannya. (Ya.) Bagaimana dengan kemahuan bebas?) Kemahuan bebas. Itu pilihan sebelum kelahiran fizikal kita dan semasa hidup fizikal kita. Tapi selepas mati, kita tak boleh memilih kecuali kita ada pahala yang dikumpulkan semasa hidup ini. Contohnya sebelum kita dilahirkan di dunia ini, kita ada pilihan untuk menjadi apa dan orang apa. (Ya.) Tetapi apabila kita datang ke sini, kita mengubah itu mengikut situasi dan pujukan masyarakat. (Okey.) Kemudian kita kehilangan kemahuan bebas juga. Kita ingat kita bebas tetapi kita tidak.Photo Caption: “Adakah Benda Cantik Ini Ingatkan Anda tentang FIRDAUS?”











