Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru bincangkan kemahuan bebas, kerja amal Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa dan menjawab soalan daripada pendengar.Bonnie: Guru banyak bercakap dan pasti telah bercakap tentang itu hari ini, tentang apa yang Guru panggil sbg ‘providence (takdir)’. (Ya.) Sesetengah daripada kita boleh gunakan perkataan, saya rasa ‘takdir’ bagi itu walaupun bagi saya ‘providence’ nampaknya ada lebih banyak hubungan spiritual dengannya. (Ya.) Bagaimana dengan kemahuan bebas?Master: Kemahuan bebas. Itu pilihan sebelum kelahiran fizikal kita dan semasa hidup fizikal kita. Tapi selepas mati, kita tak boleh memilih kecuali kita ada pahala yang terkumpul semasa hidup ini. Contohnya sebelum kita dilahirkan di dunia ini, kita ada pilihan untuk menjadi apa dan orang apa. (Ya.) Tetapi apabila kita datang ke sini, kita mengubah itu mengikut situasi dan pujukan masyarakat. (Okey.) Kemudian kita kehilangan kemahuan bebas juga. Kita ingat kita bebas tetapi kita tidak.(Baiklah. Jadi kemahuan bebas sebenar, pilihan sebenar, bercakap tentang propilihan di sini, pilihan sebenar datang sebelum kita masuk, kemudian kita berada di sebalik vel Maya, seperti yang Jared katakan, (Betul.) dan kita tidak ingat… Akankah Guru panggilnya perjanjian atau kontrak?) Betul, betul. (Ya.) Perjanjian dengan hati nurani kita sendiri.(Tetapi hanya untuk kongsi kisah di sini, saya dan Jared pernah alami dalam hidup kami. Contohnya, dia berpindah dari sebuah tempat di California Utara ke Santa Cruz tanpa mengetahui sebabnya. (Ya.) Mimpinya mengarahkan dia, “Baliklah ke Santa Cruz.” Dia asyik berkata, “Mengapa?” Dia tak pernah diberi jawapan tetapi dia ada kepercayaan untuk mengikut itu. Adakah itu jenis perkara yang Guru katakan?) Ya.Kadangkala kita terdorong oleh hubungan masa lalu, kuasa karma masa lalu yang kuat yang melangkaui kemahuan kita. Kadangkala kita terdorong oleh takdir untuk melaksanakan sesuatu misi di sesuatu tempat. Agaknya dia lebih baik di Santa Cruz di mana dia buat kerja yang baik sekarang. (Dia tidak tahu bahawa dia akan menjadi pengacara rancangan bicara radio.) Pasti, dia tidak. (Adakah itu suatu tafsiran di sana?) Ya. Jadi sekarang dia tahu mengapa, kan? Atau tidak? Okey. (Ya, memang.)Seperkara lagi, saya terlupa beritahu kamu kami juga hantar orang ke Rusia seperti yang diminta. Saya terlupa. (Sangat bagus.) Di merata tempat sekarang. Orang sangat spiritual, sangat dahaga akan pengetahuan tentang Diri Agung. (Ya.Bonnie: Guru, kami telah bercakap dengan begitu banyak orang. Pertubuhan bukan untung kami dipanggil Global Family. Mereka buat banyak kerja di Rusia. (Ya.) Itu apa yang setiap kali mereka pulang dan kata, bahawa orang di sana begitu dahaga akan (Betul.) kerohanian dalam kehidupan mereka.Master: Ya. Ya, bagus. Kamu buat kerja dengan baik. (Ya.) Ya.(Saya tahu bahawa Guru ialah penerima Anugerah Keamanan Dunia. Ini anugerah yang diberikan kepada Guru baru-baru ini di Honolulu pada 25 Oktober 1993. Saya akan buatnya betul kali ini. Ia diberikan kepada Guru oleh Datuk Bandar Fasi, sekurangnya beliau ialah orang yg menyampaikannya, Datuk Bandar Honolulu. Mungkin Guru boleh gambarkan kepada kami sikit tentang aktiviti yang dilakukan oleh pertubuhan Guru untuk benar-benar membantu orang di seluruh dunia.)Kami telah bantu banyak negara apabila mereka berada dalam kesusahan, dan individu atau pertubuhan yang jalankan aktiviti amal. (Ya.) Saya tak dapat sebut semuanya. Ia banyak. Juga, kamu dah tahu, mangsa letusan Pinatubo, seseorang beritahu kamu, mangsa banjir baru-baru ini dan mangsa kebakaran di sini. (Ya.) Kebanyakan daripada wang ini datang daripada pendapatan saya serta pendapatan kononnya biksu dan biksuni yang merupakan pengikut rapat, maksud saya, yang dedikasikan hidup untuk tujuan Diri Agung. (Ya, ya.) Ahli-ahli persatuan kadangkala menderma. Apabila bencana berlaku, mrk derma kpd mangsa secara langsung.(Saya rasa pemberian itu sangat baik kerana saya rasa banyak orang Amerika tidak lihat dengan mata sendiri, jelasnya, apa yang berlaku di sana dengan Gunung Pinatubo dan letupannya. Saya ada saksikan rancangan istimewa panjang tentangnya di televisyen.) Anak murid kami berada sejauh lima kilometer saja dari gunung itu.Jared: Itu sukar dipercayai. (Ya.) Ia membuat apa-apa saja seperti Gunung St. Helens pun kelihatan agak kecil secara perbandingan. Dah tentu, saya juga rasa banyak daripada negara ini hadapi situasi pembinaan dan rumah yang tidak sama kualitinya dan tiba-tiba mereka terpaksa berpindah. Semoga diberkati atas pemberian Guru dan orang yang bersama Guru (Terima kasih.) atas apa yang mereka berikan di sini (Terima kasih.) kepada mangsa-mangsa ini... (Ya.)Master: Kami peruntukkan AS$1 juta tahun ini untuk orang Amerika. (Banyaknya itu.) Itu bukan soal wang. Itu kasih sayang kami kerana jumlahnya sangat kecil berbanding dengan penderitaan di dunia tetapi itu saja yang dapat kami lakukan. (Kita buat apa yang boleh (Betul.) pada ketika itu, kan?) Betul, betul.(Guru, kita akan sekali lagi berhenti sebentar di sini buat kali terakhir dalam Melihat Melangkaui Batas, dan kita akan kembali.)Jared: Jadi kami ingin alu-alukan tetamu kami melalui telefon dari California Selatan hari ini, Mahaguru Ching Hai.) (Hai!) Hai! Kami ada pendengar yang menelefon dari Pacific Grove, ingin mengetahui lebih banyak sikit tentang apa makna inisiasi, apa maknanya kepada Guru sebagai seorang Guru? Adakah ia melibatkan kontrak? Adakah ini bermakna Guru menjadi guru spiritual peribadi seseorang?Master: Sebenarnya kita tiada guru spiritual dalam suatu erti kata tetapi hanya sehingga kononnya anak murid dapat mengenal Kedudukan Guru sendiri. Kononnya Guru adalah perlu untuk membimbing mereka hingga waktu itu saja. Tetapi kita tiada kontrak atau apa-apa pun. Dah tentu, kamu ada kontrak dengan diri sendiri yang harus kamu ikut hingga akhir. Ini untuk kebaikan kamu sendiri. Inisiasi hanya bermakna detik pertama mengenali Roh Agungmu. Itu saja.Jared: Jadi itu bagi saya kedengaran macam Guru berkata, sehingga kita dapat jumpai Guru di dalam diri kita, (Ya.) kita akan perlu adanya di luar untuk seketika.Master: Oh! Begitulah. (Aha!) Tetapi Guru juga merupakan Pembimbing dalaman, bukan sahaja dari peringkat fizikal. (Ya.) Kerana jika tidak, Guru takkan dapat membantu anak murid dari sejauh beribu-ribu batu (Ya.) dan di seluruh dunia. Guru mesti berada di peringkat yang sangat tinggi baru dapat bantu semua orang pada bila-bila saja, siang dan malam, dan tidak kira di mana orang itu. Itu Guru sebenar.(Tahulah, Guru, kami tinggal di Amerika Syarikat yang merupakan kawasan yg begitu sibuk. Kami sentiasa bersibuk-sibuk. Kami ada budaya bekerja, saya rasa, sebahagian besarnya, dan tidak duduk saja. Tetapi mengetahui tentang Guru, itu perkara yang saya buat. Guru juga orang yang bekerja. Guru sangat aktif. Guru ada banyak tenaga itu di dunia luar. Cakaplah sikit tentang bertindak lawan duduk saja. Tadi Guru berkata bahawa kita tidak hanya pergi duduk di dalam gua dan bermeditasi tetapi kita harus keluar dengan sejenis kehidupan, meditasi jalan di dunia. (Betul.) Bolehkah Guru bincangkan itu dengan lebih terperinci sikit?) Oh! Saya faham. Selepas diinisiasi, kamu tahu bagaimana bermeditasi sementara hidup dan tidak melarikan diri dari dunia tetapi mengintegrasikan Kuasa Kosmos Besar ini ke dalam aktiviti harian dan ketika bermeditasi untuk mengumpulkan lebih banyak sikit secara sedar, kemudian menyebarkan atau menghantarnya semasa hidup di dunia ini untuk beri manfaat kepada dunia kita. Jika tidak, tiada gunanya bermeditasi dan berkati diri sendiri saja. Sebenarnya, apabila kita mengenali diri sendiri, kita dapat berkati seluruh dunia. Jadi itu apa yang penting dan… (Guru. Oh! Minta maaf, teruskanlah.) Ya. Minta maaf. (Silakan.)Selepas kita diinisiasi dan bermakrifat, apa-apa pun yang kita buat, ada makna yang lebih dalam daripada hanya kerja fizikal luaran. Kita akan rasa gembira membuat kerja, bukan hanya suatu tugas yang membosankan seperti sebelumnya. Kita akan dapat semakin banyak beri sumbangan dengan kerja yg kurang. Saya orang yang sangat kecil. Saya tidak begitu banyak makan dan tidak begitu banyak tidur tetapi kamu kata saya sangat aktif. Itu disebabkan tenaga besar ini. Saya akan meletup jika saya tidak buat apa-apa pun. (Ya Tuhan, saya boleh fahaminya.) Ya, sayang, kamu boleh. Kamu adanya di dalam dirimu. (Terima kasih.) Barangkali kamu sudah pun begitu. Jika kamu puas dengan apa yang kamu buat sekarang dan dengan hidupmu, rasa gembira, dan rasa sayangi semua orang, maka itu dah cukup baik. Jika tidak, kamu akan perlu cari. Okey?(Guru, saya rasa satu soalan yang mungkin ada dalam, ia pasti ada dalam minda saya dan mungkin ada dalam minda sesetengah pendengar kami, adalah: Guru ada seorang guru tak?) Ya, saya ada. Saya ada banyak guru sejak kecil lagi. (Bukan satunya yang khusus tetapi banyak orang yang pengaruhi kehidupan Guru, membantu Guru ingat akan siapa diri Guru?) Oh! Kamulah yang bantu kamu ingat akan diri sendiri. Inisiasi bermakna itu waktu kesedaranmu dah sedia untuk mengenali diri sendiri. (Ya.) Guru hanya tekan butangnya. (Jadi Guru ada sesuatu penekan butang?) Barangkali, ya. Itu bukan sesuatu fizikal walaupun ia pengaruhi badan fizikalmu juga, tapi tak tahulah, itu seperti kisah cinta dan kita tak dapat gambarkannya.(Bercakap tentang kisah cinta, mari kita, mungkin, kita tinggal beberapa minit saja di sini, (Okey.) mari kita bercakap sikit tentang cinta kerana pastinya dalam budaya kami, saya takkan bercakap bagi budaya Guru, tetapi pastinya di Barat sini, saya tak tahu sama ada kita memahami apa itu cinta atau tidak. Kita menonton banyak filem dan menjadi sangat romantik. Apa yang kita maksudkan dengan cinta? Apa yang Guru maksudkan dgn cinta?) Itu sebhgn drpd Kasih Sayang TUHAN yang mengikat seseorang pada orang lain dan kita tak dapat hidup tanpa orang itu di sisi. Itu waktu kita jatuh cinta. Itu sejenis penderitaan tetapi penderitaan yang baik. (Saya masih ingat.) Sekarang jika kamu mengenali TUHAN, jika kamu mengenali seseorang yang benar-benar bersatu dengan TUHAN atau berhubung dengan TUHAN, kamu adalah macam itu juga. Kamu macam tak pernah rasa cukup dengan orang itu. Itu sebabnya banyak anak murid suka melihat Guru, bukanlah Guru memaksakan itu pada mereka. Sehingga mereka mengenali diri sendiri sepenuhnya. Apabila mereka lihat Guru, mereka nampak Diri Agung, nampak TUHAN. Cinta itu lagi banyak, lagi dalam dan lagi tak dapat dijelaskan daripada cinta antara lelaki dan wanita. Ia sangat dalam dan buat kamu menjadi orang yang menakjubkan, berbeza.(Saya pasti nak berkata kepada pendengar kami bahawa saya tahu pengalaman yang saya alami pada waktu bersama Lama agama Buddha Tibet yang dibuang negeri adalah yang penting tak semestinya kata-kata yang mereka katakan tetapi hanya bersama mereka. (Betul, betul.) Saya ada perasaan bahawa orang yang bersama Guru rasai sesuatu yang serupa. Mungkin mereka tak perlu tanya Guru soalan pun tetapi hanya bersama Guru.) Betul, betul.(Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Mahaguru Ching Hai dan Sophie yang berada di sini bersama kami di dalam studio, membantu kami mengekalkan tenaga untuk hari Jumaat yang menakjubkan ini. Gembira bersama anda, hingga Isnin depan. Semoga TUHAN berkati anda semua.) (Adios dan Aloha.) Aloha. Terima kasih.Bonnie: Halo. Halo, Guru.) (Ya, halo.) Halo. Kami tidak mahu biar Guru menunggu di sana. Kami nak ucapkan selamat tinggal kepada Guru. (Ya. Baiklah.) Terima kasih banyak-banyak. Ini temu ramah yang baik. Itu dua jam. Kelihatan macam itu lebih kurang 30 minit saja. (Oh! Dua jam?) Ya.Adakah kelihatan singkat bagi Guru?Master: Oh, macam tak percaya! (Ya.) Saya harap kita telah ringkaskannya kepada perkara penting untuk pendengar. (Saya rasa begitu.)(Saya rasa ini sangat baik. Saya rasa ini sentiasanya suatu cabaran apabila kita perlu melakukan ini melalui talian telefon tetapi saya rasa, pada keseluruhannya, ini ternyata sangat baik. Saya boleh tahu bahawa orang dengarnya kerana kita ada begitu banyak pemanggil yg menelefon.) Betul ke itu? Saya harap kamu membuat temu ramah yang baik lain kali, sekali lagi. (Terima kasih, sayang.) Terima kasih. (Ini foto yang cantik. Saya lihat Guru. Rasanya saya telah jatuh cinta.) Oh! Benar ke? Ya. Kita semua jatuh cinta sesama kita sekali-sekala. (Amin.) Amin. (Namaste.) Namaste. (Baiklah.) Aloha. (Aloha.) Terima kasih. Terima kasih dan semoga selamat berjaya (Ya.) dalam apa-apa pun yang ingin kamu buat (Okey.) (Terima kasih.) untuk manfaat manusia. (Terima kasih banyak-banyak.) (Terima kasih. Kami akan mengambil Berkat itu.) Jika kamu perlukan kami, sebarang bantuan dengan rancanganmu atau apa-apa pun, sila biar (…) tahu. (Kami akan buat begitu.) Baiklah.Jared: Guru, saya nak kata, saya memang hargai Guru katakan itu kerana kadangkala salah satu perkara yang saya tahu saya dan Bonnie terlupa lakukan adalah minta bantuan secara ikhlas kerana ini pekerjaan besar yang kami ada di sini, (Benar.) dan kami tak dapat buatnya sendirian. (Betul.) Jadi terima kasih banyak-banyak. Entahlah, saya hargai tawaran Guru itu dan rasai tenaga daripada Guru sekarang kepada kami dan Kasih Sayang Guru. Terima kasih.Master: Terima kasih. (Baiklah.) Semoga harimu menyeronokkan. (Guru juga.) Selamat tinggal. (Selamat tinggal.)Photo Caption: “Musim Luruh telah Tiba, Ingatkan Kita tentang Musim Sejuk Roh... Hidup di Sini Tidak Dilindungi dengan EMAS KEAJAIBAN Seperti RUMAH ASAL Kita!”











